Isnin, 4 Februari 2013

Tuaian Hari Ini -- Mulberi

Buah mulberi
Saya perhatikan semakin lama, buah mulberi yang dihasilkan lebih besar dari buah yang dihasilkan ketika awal menanam dulu.  Mungkin kerana pokok dah semakin besar, akar semakin dalam dan dapat menyerap lebih banyak nutrien.  Pokok dipangkas hingga paras pinggang dengan niat buah yang dihasilkan mudah dituai.

8 ulasan:

  1. salam tuan,
    tanah untuk mulberi ni, perlu di olah?..sama ke dengan tanah utk tanam betik atau mangga?,

    Untuk betik saya olah tanah terlebih dahulu sedalam 50 cm dan lebar 50cm persegi.Tanah campuran pasir+tanah biasa dan tanah bakar dan kompos. Saya guna pd.pokok mangga, nampaknya pokok mangga selepas berusia setahun setengah, sebelah pokoknya macam ada penyakit berlubang2.macam serangan semut atau anai2. Terimakasih tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Kaedah tersebut ok, cuma pastkan kawasan tersebut mendapat cahaya sepenuhnya. Mulberi akan mati kalau disemai di tempat teduh. Tentang anai-anai tiada masalah. Dari pengalaman saya ia hanya makan bahagian pokok yang mati, bahagian yang masih hidup tidak diganggu.

      Padam
  2. Hari tu ada orang bagi keratan mulberi pada mak. Baru je cucuk dah keluar buah. Memang macam tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mulberi amat pandai memujuk tuannya supaya diberi perhatian yang istimewa. :)

      Padam
    2. Saya punya mulberi dah tumbuh daun.. X sabar nak rasa buah mulberi :)..

      P/s : Cepat betul keratan mulberi tumbuh :)..

      Padam
    3. Ya, kalau cukup cahaya. Kalau tak cukup cahaya, lepas bertunas, kering dan mati.

      Padam
  3. boss nak tanya sikit kalu guna keratan mulberi adakah pokok tersebut sentiasa perlu kena pancaran matahari? bab kek kg den kalu panas terik mmg xleh tahan sampai kulit den pun dah melegam kalu berkebun dari pagi ke petang. risau gak kalu pokok tu mati kena pancaran matahari terik. skrng tgh bikin pojek aquaphonic secara medium dulu nengok jadik ke untuk pokok mulberi nie. sayuran lain cam kailan dan sawi dah jadik untuk sistem aquaphonic (baru dlm seminggu)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mulberi nak panas. Kalau nak buat akuaponik pun sesuai, keratan letak melintang dalam medium.

      Padam