Sabtu, 2 Februari 2013

That's It, Sudah Hilang Sabar! -- Bahagian 1 Daripada 2

Hari ini ada masa sedikit untuk jenguk tanaman depan rumah dengan lebih teliti.  Kobis berlubang diserang belalang.  Maklum sajalah sekarang musim panas selepas musim tengkujuh.  Di tempat saya, waktu malam pun mencecah 34.6 darjah celsius.  Ketika waktu menulis posting ini, 35.1 darjah celsius.  Suhu sebegini serangga sangat aktif.  Ia membiak di musim tengkujuh, iaitu sebulan yang lalu.  Sekarang waktu anak-anak serangga (nimfa dan larva) membesar, bukan main galak meratah semua yang ditemui.   

Daun kobis berlubang dimakan belalang.
Serangga seperti belalang tidak membunuh tanaman, tapi kerosakan yang dilakukan memang sukar diabaikan.  Pokok perlu daun untuk fotosintesis.  Kalau permukaan daun hanya tinggal 50%, maknanya fotosintesis hanya dapat dilakukan pada kadar 50% daripada kadar jika daun sempurna.  Pertumbuhan pokok juga akan terbantut.

Bukan pokok kobis aja diratahnya, kangkung, sawi, bayam.  Saya perhatikan selain daripada belalang, kepinding busuk juga mula singgah di daun pokok bayam.  Ia menyerap cecair dari bayam menyebabkan bayang jadi berserat dan tidak lagi rangup.

Pokok bayam diserang belalang dan kepinding busuk (stinkbug).
Makhluk pemangsa yang menjadi sahabat berkebun bukan tiada, tapi kalau serangan dengan jumlah banyak, tiada pemangsa yang terdaya.  Lebah-labah, pepingat, mentadak mentadu dan pepatung ada berkunjung, tapi kesannya tak ketara.  Lihatlah gambar di bawah.  manakan mampu nimfa mentadak mentadu menangkap kepinding busuk yang mempunyai saiz yang hampir sama dengan mentadak mentadu tersebut.

Nimfa mentadak mentadu sedang cuba-cuba dengan mangsa yang lebih besar darinya.  

Nak harapkan kekabuh kjura-kura,

"Harapkan burung pegar,
Burung pegar makan padi."

Kekabuh kura-kura sendiri memakan daun.  Buku teks pertaian tidak bercerita perkara sebenar.  Bukan semua kekabuh kura-kura sahabat tani!

Saya cuba dengan semburan larutan pencuci dan minyak masak.  Berkesan tapi setiap satu makhluk perosak mesti disembur.  Kalau macam pagi ini, ada beratus ekor belalang?  Manakan terdaya.  Apalagi dalam cuaca panas begini.  Tak boleh tahan.

Kita perlukan pemangsa yang memburu secara berkumpulan.  Banyak atau besar manapun makhluk perosak, ia dapat ditewaskan.

bersambung... Ya, penyelesaiannya ada.  Extreme lah sikit, tapi berkesan!


5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Jika nak guna racun, ada racun khas. Jangan sekali-kali guna racun sembur untuk rumah. Ia bukan untuk semburan pada sayur. Guna racun khas untuk pertanian.
      Untuk perbincangan dalam tanamsendiri, saya elakkan terus penggunaan racun.

      Padam
  2. Sama dengan keadaan saya juga.. Serangan terutamanya belalang amat la banyak hinggakan saya hilang sabar.. Habis semua diratahnya termasuk daun bunga matahari..

    X sabar nak tunggu cara tuan.. Dapat mengurangkan sedikit serangan pun jadi la.. Sekurang2nya boleh sejukkan hati yang tengah panas ni.. Hehehe :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya gunakan kaedah yang digunakan oleh orang Cina 2000 tahun dahulu. Artikel dah bersambung.

      Padam
    2. :).. Kena cari kerengga la ni.. Hehe..

      Padam