Ahad, 3 Februari 2013

Tentang Mencambah Biji Benih


Air yang diserap ketika menyemai benih akan mengaktifkan embrio di dalam benih serta merangsang  tisu storan makanan di dalam benih supaya ditukar daripada kanji kepada gula.  Makanan dibekalkan kepada embrio untuk pertumbuhan bahagian radikel (akar) dan epikot (pucuk) serta untuk memecahkan kulit benih.
Ada juga benih yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang menyebabkan benih perlu melalui proses tertentu jika ingin dicambahkan.  Misalnya benih betik diselaputi enzim yang menhalang benih daripada bercambah.  Anda perlu pecahkan selaput luar dan bersihkan benih daripada enzim tersebut supaya benih dapat bercambah.

Pertumbuhan embrio parsley dan lobak merah pula terbantut sehingga benih senyerap air sepenuhnya.  Sebab itulah benih tersebut hanya bercambah selepas 3 minggu disemai.  

6 ulasan:

  1. En iskandar. Bagaimana nak semai benih bunga telang. Saya sudah semai sejak 2 minggu lalu dlm tanah berbaja dan lembab tp tiada tanda akan tumbuh. Batch kedua saya rendam sehari sebelum semai. Tetapi benih masih kelihatan kering. Tak kembang pun. Boleh bantu saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Topik ini akan dibincangkan dalam posting nanti.

      Padam
  2. Adakah en. Is berkata tentang dormansi? Bagi biji benih cili, untuk memecahkan dormansinya, elok jika direndam dengan air suam sebelum disemai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, dan saya juga ingin membuka perbincangan tentang cara mencambah benih. Ada yang gunakan medium yang tidak sesuai untuk percambahan, menyebabkan benih tidak bercambah.

      Padam
  3. Patutlah ketumbar sy semai 2 mnggu belum jgk tumbuh lg. Ingatkan benih xmenjadi. Hihi

    BalasPadam
  4. Patutla benih ketumbar sy dah 2 mnggu belum bercambah lg. Ingatkan benih xmenjadi. Hihihi

    BalasPadam