Selasa, 5 Februari 2013

Tentang Meletakkan Iklan Dalam Blog Ini

Blogging adalah menyeronokkan kerana kita dapat berkongsi pengetahuan, maklumat dan kadang-kadang membuat duit.  Malangnya kadang-kadang ada orang yang tidak bertanggungjawab meletakkan iklan tanpa kebenaran.  Ini menyebabkan pemilik blogger terpaksa membuang masa menapis iklan yang diletakkan tanpa kebenaran.  Jika dalam blog tanamsendiri, iklan yang diterima termasuk iklan ubat kuat, kuruskan badan, callogen, topup prepaid, seluar dalam pembesar ****, dan bermacam-macam lagi.  Ia seperti menampal iklan lucah di dinding rumah orang.  Sangat biadap.

Kadang-kadang ada juga yang tawarkan benih mereka dari jenis benih yang sama seperti yang dijual pada posting tersebut.  Ia semacam seorang penjaja nasi lemak pergi menjual nasi lemak di dalam warung yang menjual nasi lemak.  Bagi saya, orang sebegini sangat kurang ajar.

Menapis ulasan yang sebegini membuang keseronokan blogging.  Blog tanamsendiri.com adalah untuk semua.  Saya tidak melarang anda berniaga, tapi ada caranya.  Di dalam blog ini, kami ada meletakkan senarai rakan-rakan blogger yang mempunyai minat yang sama.  Jika inginkan blog anda tersenarai, anda hanya perlu emelkan blog anda, kami singgah dan jika ia sesuai, kami akan letakkan.

Jangan buang masa kami.  Masa yang digunakan untuk membuang ulasan spammer  boleh digunakan untuk kami menjawab ulasan rakan-rakan serta buat posting yang dapat dimanfaatkan semua.

17 ulasan:

  1. harapnya 'org-org itu' faham kiasan seperti menjual nasi lemak di warung nasi lemak... ;)

    BalasPadam
  2. Saya setuju dengan tuan Is. Rimas juga apabila ada yang datang ke blog kita dan promosi apa entah. Seperti tidak ada adab datang ke rumah orang. Saya lihat blog tuan Is. ringkas dan mudah untuk orang baca. Bak kata orang senang ikut manual. Saya juga ada buat facebook page Jom Tanam Sendiri dan mepromosikan mana-mana blog Tanam Sendiri yang bermanfaat untuk perkongsin bersama termasuklan blog tuan Is.

    Saya rasa blog saya bukanlah blog tanaman sebab niche saya sudah berubah. Mungkin kerana tidak ingin bertembung dengan niche tuan Is.

    Apapun, teruskan usaha tuan Is. berkongsi idea tanam sendiri bersama di dunia Internet ini. Susah nak jumpa blog bahasa Melayu tentang tanam sendiri. =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan la berhenti menulis tentang tanaman... bagi saya tiap org berbeza cara dan gaya penyampaian... saya suka cara En.Iskandar - ringkas dan mudah difahami... dan saya juga cara anda... lebih banyak istilah pertanian digunakan buat saya juga belajar untuk tahu... harap teruskan juga usaha anda untuk kita berkongsi ilmu... :)

      Padam
    2. * saya juga SUKA cara anda...
      (maaf typing error)

      Padam
  3. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan. Saya sendiri pun banyak belajar tentang gardening bila buka blog ni.

    BalasPadam
  4. hm.. tu sbbnya blog tuan dah popular sesangat! yg menempel tu desperate la..apa pun, blog sy more tu peribadi dan kongsi suka duka ngan kengkawan jer.. (in the first place x tahu menahu mcm mana nak follow, masuk iklan, etc... buta IT!)

    BalasPadam
  5. sokong tuan tanah...bebenda tu semua memeningkan mata....sampai semak perut kekadang tu...sy blh kata ari2 singgah blok ni...simple tp byk informatif dan semua org kat sini sharing....

    BalasPadam
  6. Sy suka blog tuan..byk info yg berguna. Tuan juga x lokek ilmu bila ditanya..harap boleh tambahan fungsi "search" agar lebih senang mencari maklumat dr maklumat yg begitu byk dlm blog tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju dengan Puan Wanie.

      Saya terpaksa search guna google "http://www.tanamsendiri.com: bawang" contohnya untuk mencari maklumat bawang di sini. Saya tahu tuan Is ada letak tag, tapi ada juga entri-entri yang tuan mungkin terlupa letak. Juga komen-komen yang ada tulis pasal bawang.

      Harap boleh memudahkan lagi perkongsian dengan fungsi search.

      Padam
    2. InsyaAllah saya akan letakkan. Sebelum ini saya tak letak sebab saya ingatkan semua orang buka blog ini, ada dipamerkan medan Search di panel atas sebelah kiri. Rupa-ruma versi mobil tiada medan tersebut.
      Terima kasih Wanie kerana point out masalah tersebut.

      Padam
  7. Sabar je la dengan perangai mereka ni tuan.. Macam² perangai manusia ni..

    BalasPadam
  8. salam tuan Is,
    blog pertama saya dulu, tercemar gara2 terlalu ramai antarkan iklan minta saya publishkan..saya tak reti nak tolak ke nak terima, saya biar je..last2 email yahoo saya penuh dgn,sampah2..tak ada masa nak menyapu sampah..hehehe.
    Pertia jantung dah tumbuh sulur paut baru berusia 9 hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sabar tunggu ia berbuah. Kawan saya tanam tumbuh sebesar jantung. Katanya sebelumni anak-anak tak makan peria. Kali ini peria jantung dihidangkan mentah sebagai ulam, anak-anak berebut. Dia tanam menjadi, dapat peria sebesar penumbuk. Yang saya tanam kecil aja dah ranum. Tapi semua pokok mati selepas sekali berbuah.

      Padam
  9. Pokok bunga matahari yg saya order dri En. Is tu ada 2 saja yg tumbuh sebesar 2 inci. Lambat nya nak beso...memang macam tu ke? Benih matahari yg lain byk yg mati syahid. Bila dikopek kulitnya isi dlm busuk lembik. Ish ish ish.....sabo je ler..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang macam tu. Bila ia dah tumbuh dalam 15 cm baru pertumbuhan lebih galak. Tentang benih lembik, mungkin benih dah mati lmas atau diserang kulat.

      Padam