Bila pulang ke rumah di waktu petang, pasu paling hujung paling teruk layu. Pokok tidak pulih segera selepas disiram. Niat nak tambah tanah tetapi hari ini masih sibuk dengan kerja penulisan. Untuk selesaikan masalah, saya letakkan botol plastik berisi air dengan tudung yang ditebuk.
Musim panas juga musim belalang menyerang. Sayur ruang dalam rumah dah tidak lagi diserang sejak kerengga diperkenalkan. Ruang luar, ada kawasan yang belum diteroka kerengga, jadi belalang masih mengganas. Kalau diperhatikan, tanaman yang dekat pagar dah tidak diganggu kerana kawasan tersebut telah diterokai kerengga. Pokok kobis yang paling luar belum diterokai kerengga, jadi ia paling teruk dimakan belalang.
![]() |
Ruang depan rumah. |
Huh.. Memang kenyang belalang tu dapat makanan yang segar.. Hehe..
BalasPadamDari gambar yang dilihat, tentu bilangan belalang tu banyak..
Dah tiba masanya tuan gunakan senjata biologi untuk memerangi musuh yang membuat kerosakan.. Hehe :)
Saya fikir pun begitu. Masalahnya Puteri bila ternampat kerengga tak mahu gardening. Nak kena latih dulu supaya tak takut kerengga. Kena ajar cara handle kerengga. Sebab perangai kerengga, kalau ada seekor dicederakan semua akan menyerang. Tapi kalau naik atas badan, kanak-kanak mana yang tahan tak menepis. Kalau tepis, semua akan mula menggigit.
PadamBetul tu tuan.. Yang penting cara nak kendalikan kerengga2 yang naik atas kita ni dulu.. Yang tu dah ok, mesti tiada masalah..
PadamEn Is dlm pasu kt belakang tu pokok japanese roses ke? byknya bunga mekar..japanese rose saya berbunga satu atau dua ja..xtahu apa masalahnya..
BalasPadamSaya guna tanah campur dari nurseri (tanah liat dgn pasir) kemudian saya gaul dengan baja organik.
PadamSyaza boleh cuba baja bunga.
di Subang selalu ribut petir, habis tanaman rebah. siput dan lintah bulan bermahajalela...belalang pulak seronok mengerjakan kesemua anak sunflower yg ditanam sebaris depan rumah, nasib, nasib..
BalasPadamCabaran yang ada membuatkan hobi berkebun suatu hobi yang menyeronokkan.
Padam