Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 13 Februari 2013

Soalan Rakan Tanamsendiri -- Tentang Kacang Panjang Renek

Slm En. Iskandar, ada kemusykilan sket nak tanya. Kacang panjang renek berbuah cuma sekali aje ke? Kacang pnjg renek saya lepas tuai sekali daun dah bertukar kuning mcm pokok dah tua pastu tak berbunga lagi. Memang mcm tu ke?
 -------------
Waalaikum salam, Dari pengalaman saya, tak. Biasanya jangka masa berbuah 2 bulan. Puas juga makan. Saya pernah terbaca ada kacang yang hanya dituai sekali, tapi benih yang saya edarkan boleh dtuai sehingga 2 bulan. Mungkin ada antara rakan yang boleh beri pendapat mengapa terjadi demikian?

11 ulasan:

  1. sama.benih yg lynn beli pun hanya menjadi sekali, lepas tu dia layu dan mati.. mungkinkah bj taik ayam x sesuai?

    BalasPadam
  2. Saya juga membeli benih pokok kacang panjang renek dengan En Iskandar. Pengalaman saya sama seperti En Iskandar, berbuah sepanjang tempoh 2 bulan, lebih kurang. Saya perhatikan, kalau saya biarkan kacang panjang tua di pokoknya, ia akan kelihatan tidak begitu sihat selepas itu. Saya akan buang kebanyakan daun tua pada pokok berkenaan, dan tidak lama selepas itu, pokok akan berbunga dan berbuah semula.

    Lynn, saya tidak menggunakan baja tahi ayam. Saya gunakan isi perut dan kepala ikan blender seperti yang terdapat di blog ini. Sekali-sekali, baja kompos tahi kambing. Kalau tak silap, tahi ayam mempunyai kandungan nitrogen tinggi, sesuai untuk pokok berdaun. Jikalau hendak berbunga dan berbuah, lebih sesuai baja tahi kambing kerana kandungan potassium (K) yang tinggi di dalamnya menggalakkan pembungaan. Kalau isi perut ikan tu saya tidak tahu apa kandungannya. Cuma sebab percuma dan mesra alam, maka saya cuba :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam na nak buat baja isi ikan blender tu?

      Padam
    2. tks for the tips..(salah baja la ni ya..)

      Padam
  3. Menarik soalan ni, terima kasih kepada yang bertanya dan terima kasih kepada En Iskandar kerana berkongsi info ini. Juga kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi ilmu.

    Dapat juga timba ilmu baru sementara nak cari masa terluang utk mulakan semula xtvt bertani ni

    BalasPadam
  4. Pkk kacang renek jiran saya yg merupakan induk benih yg saya tanam tahan lebih 2 bulan walaupun terbiar, jrg disiram, hampir kering tapi tumbuh semula bila hujan dan sempat berbuah kali kedua sebelum mati. Yg saya tanam dan jaga, hayatnya lebih pendek. Yg tumbuh sendiri di celah simen pun berbuah lebat mengalahkan yg ditnm dlm pasu!

    BalasPadam
  5. Pengalaman saya pun sama macam yang bertanya. Pokok yang saya tanam di kampung hanya berbuah sekali. Kemudian akan mati. Mungkin kerana saya tak menuai semua dan membiarkan ia tua di pokok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lupa saya nak ingatkan pada rakan-rakan. Beberapa jenis tanaman sememangnya begitu. Apabila buah kering di pokok, kesuburan induk akan mula merosot. Ini termasuk kacang bendi, kacang botor, kacang mata hitam, bunga telang dan beberapa jenis tanaman lagi. Mungkin kerana tujuan menghasilkan buah ialah untuk pembiakan, bila benih dah dihasilkan, objektif dah tercapai.

      Padam
  6. Itu yg pelik kcg renek jiran saya yg terbiar tu, buah dibiar kering di pkk sampai saya yg ambil buat benih. Daun luruh hampir habis, tapi pkk tak mati. Bila dpt air hujan, daun tumbuh semula dan berbuah musim kedua!

    BalasPadam
  7. Menurut orang tua saya, pkk kacang botor tu ada akarnya mcm ubi, jadi ia boleh tahan lebih dari semusim. Saya baru semai biji nak tnm dlm bekas. Utk pkk panjat saya suka yg tahan bertahun sebab tak payah bersihkan pkk jalar setiap musim.

    BalasPadam