Assalamualaikum En Iskandar. saya ada satu soalan tentang penjagaan pokok yang melalui proses anggol (tut). Saya ada buat pada pokok limau kasturi, tapi daun dan buah limau atas tu jadi kecut pula. Saya ada sertakan gambar saya letak kat blog. bahan yang saya gunakan adalah campuran baja tahi ayam dan tanah liat, 1:1 dan tanah tu dicampur serbuk penggalak akar.
------------
Waalaikum salam Sdr Asrul Afendi,
Sebenarnya saya kurang arif tentang tut. Mungkin rakan-rakan dapat membantu.
based on pengalaman arwah ayah saya buat tut pokok, saya ni tukang tgk jer heheheh :)
BalasPadam- baca bismillah.
- paling penting dahan yang nak di tut tu mestilah dahan yang kena cahaya matahari sepenuhnya. dalam gambar ni macam dahan utama yang tak kena matahari.. no no.
- bahagian dahan yang nak dishave, tak boleh yang ada tunas, mesti bahagian batang yang licin
- dahan tut tu panjang dalam 2 - 2.5 kaki +-.
- part yang nak dishave tu jgn overshave, setakat buat kulit paling luar dan kulit kedua sahaja, careful sebb kalau pokok terluka terlebih-lebih mmg tak jadi.
- bahagian yang di shave tu dalam anggaran panjang 3-4 inci sahaja
- dahan tu pulak mestilah tak berapa besar, macam dalam gambar tu besar betol, selalunya dalam diameter 0.5 ke 1 inci sahaja.
- dahan yang ditut tu tak der buah atau putik kerana nak biar dahan tu commit dengan pembinaan akar bukan buah.
- tanah yg digunakan tanah merah biasa, ala2 macam top soil, tak der campur tanah lain. arwah ayah pernah guna tanah hitam dan tanah campuran , kurang menjadi.. dan selalunya tak jadi
- tak der baja
- balut dengan sabut dulu lepas tu balut dengan plastik biasa jer, selalu dia guna potongan beg plastik beli sayur kat pasar.
- make sure balutan tu ada sedikit lubang utk pengaliran udara. kiranya balutan tu cucuk2 sikit supaya ada lubang tapi jgn lah besor sangat yer.
- tanah tu takder semut.
- tut waktu redup, jgn waktu panas. bukan musim hujan dan bukan musim panas, tapi waktu yang kerap hujan tapi panas .. pening gak nih.
lebih kurang macam tu lah cara arwah ayah saya tut pokok, saya buat tak pernah, saya rajin tgk dia buat tut dan rajin interview dia.. macam menarik sangat.
dan jgn lupa cakap kat pokok tu ... perkara baik2, lillahi taala.. pokok pon makhluk Allah macam kita gak.
Apa yang @lavendernovella semuanya betul.
PadamApabila tut, pokok akan mula tidak produktif untuk penghasilan buah. Kalau boleh, jangan beri dahan tut berbunga atau berbuah untuk tempoh tut. Hanya daun sahaja pada batang tut itu.
Pemilihan ranting yang sesuai. Ia tidak kecil, tidak besar - sederhana sahaja. Gabungan besar dua jari telunjuk sudah memadai.
Untuk penjagaan, yang lain, boleh ikut cara @lavendernovella nyatakan.
Banyaknya kesilapan saya buat. Nanti kena cuba lagi neh...
BalasPadamterima kasih novela.
Sama2 kita share ilmu, harap2 menjadilah tut awak tu yer asrul afendi. Mungkin ada lagi visitor tanamsendiri.com yg boleh share ilmu berkaitan tut.
PadamJangan lupa letakkan hormon pengakaran radix (c) untuk membantu kejayaan tut.
Padamsaya letak serbuk hormon akar tu dalam campuran tanah. betul ke cara tu?
Padam