Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 10 Februari 2013

Soalan Pengunjung -- Kailan Pahit

En Iskandar, betulkah kalau letak kailan kat tengah panas, rasanya akan pahit?

------------

Saya tanya mem saya, kita letak kailan kita kat panas.  Rasa kailan tu pahit tak?  Mana tahu kot kot lidah dah tak peka.

Jawapan yang mem bagi, "Hah, dengar kat mana ni?"

Kailan kalau tak letak tempat cerah, ia lambat besar.  Ia tak jadi pahit kalau letak kat tengah panas. Ia pahit kalau tak disiram secukupnya dan berbunga (kecuali kailan buga).  Sebab rasa pahit?  Kailan berbuat begitu supaya ia tidak dituai, untuk melindungi benih yang sedang dihasilkan.
Jadi kalau inginkan kailan yang enak yang dapat dituai dalam masa yang singkat, letak tempat cerah dan elakkan pokok daripada kekeringan dalam masa yang berpanjangan.

Saya ada tanya pembekal benih.  Katanya, selain dari kekeringan yang berpanjangan, jenis tanah yang digunakan juga mempengaruhi rasa kailan.  Saya tak pasti jenis tanah yang macamana menyebabkan rasa pahit.

4 ulasan:

  1. Teori ini juga diguna pakai pada tanaman salad. Saya pernah bertanya kepada pensyarah mengenai ini dan beliau mengatakan "Terlebih cahaya dan terlebih baja N."

    Biasanya kalau tanaman sayur terlebih baja N memang pahit rasanya, mengikut pengalaman saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salad saya perhatikan ia bergetah. Getah adalah lebih stabil untuk storan. Ada tumbuhan yang simpan sebagai kanji. Apa yang saya buat, dalam 1 hingga 2 minggu sebelum tuai, saya tutup pokok salad supaya ia tak dapat buat makanan. Ia akan tukar storan makanan (getah) kepada gula. Jadi, apabila dituai, daun salad tersebut ada rasa manis halus, kesan dari kehadiran gula ringkas.

      Tentang kailan, saya tak tahu sebab belum dapat tuaian yang pahit. Semuanya saya tanam di cahawah cahaya sepenuhnya.

      Padam
    2. kalau nak buat teknik tutup pokok salad tu..nak guna apa tuan is... plastik hitam ke?

      Padam
    3. Bukankah kalau tutup akan membuatkan warna daun bertukar ke warna hijau muda? Seperti tidak sihat pula saya lihat nanti.

      Atau maksud tuan Is. perlu letak sungkupan jarang-jarang iaitu membiarkan 20-50% cahaya matahari sahaja terkena pada salad?

      Padam