Terung adalah antara tanaman yang sukar dicambahkan. Di peringkat awal menanam, saya lebih gemar upah nurseri semaikan benih. Saya cuma ambil anak pokok yang tingginya dalam 15 cm untuk dtanam. Kini bila dah mahir menyemai, saya dapati terung bukan tanaman yang rumit. Yang penting, tanah atau medium biar serasi dengan benih untuk percambahan dan jangan dibiarkan kering.
Benih ini telah disemai pada pagi Jumaat, 1 Februari 20013. Dalam masa seminggu dah tumbuh daun sebenar. Seminggu lagi pokok akan dialih ke dalam pasu besar.
Cambahan Terung Panjang Hijau |
saya masih gagal menanam terung bulat...benih yang saya semai bercambah tp daun sebenar x jugak tumbuh...rasanya dah dekat 2 bulan kot semai...pokok pun nampak macam terbantut...
BalasPadamape masalah tu tuan??
Alih ke dalam bekas yang lebih besar atau kawasan baru. Mungkin akar penuh dan tak dapat berkembang. Gunakan tanah campur (tanah liat + pasir) dan gaulkan dengan bahan organik.
PadamSaya tak ada masalah dengan semaian terung. Cuma nak tunggu dia besar lamanya. Berapa lama agaknya nak tunggu dia berbunga dan berbuah.
BalasPadamDari pengalaman saya, bunga pertama akan kelihatan 2 minggu selepas dialih, iaitu sebulan selepas disemai. Kalau pertumbuhan terbantut, mungkin kurang cahaya atau nutrien. Letakkan baja yang kaya dengan sebatian nitrogen.
Padam