Sabtu, 2 Februari 2013

Resepi -- Spaghetti Basil Tanamsendiri

Sweet basil amat serasi jika dimasak bersama tomato.  Satu daripada masakan yang enak menggunakan sweet basil dan tomato ialah Spaghetti Basil Tanamsendiri.  Spaghetti ini tidak berat dan wangi basil benar-benar menambahkan selera jika dihidangkan.

Spaghetti Basil Tanamsendiri.



Bahan-bahan
1 paket spaghetti
6 ulas bawang putih ditumbuk
3 biji bawang besar dihiris dadu kecil-kecil
1 keping tahu lembut
1 biji tomato besar tanamsendiri atau 2 biji tomato tanamsendiri saiz sederhana dicincang
2 cawan kobis cina tanamsendiri dihiris 
1 cawan daun sweet basil tanamsendiri dihiris
1 tin kecil tomato paste
3 cawan stok daging
3 sudu  besar tepung gandum
2 sudu makan marjerin atau mentega
6 sudu besar minyak masak untuk menumis
3 sudu besar minyak masak untuk spageti
2 cawan air
1 sudu besar gula merah lembut
1 sudu besar garam

Cara-caranya
1.  Panaskan air di dalam periuk.  Masukkan minyak masak dan garam.  Biarkan mendidih.  
2. Apabila mendidih, masukkan spaghetti dan masak sehingga lembut (lebih kurang 12 hingga 15 minit).  3. Kacau supaya tidak melekat. Angkat, bilas dengan air sejuk dan toskan.

4. Panaskan minyak masak di dalam kuali.  
5. Tumis bawang putih hingga kekuningan.  
6. Masukkan bawang besar.  Goreng hingga bawang besar menjadi warna cerah. 
7. Masukkan marjerin.  Apabila marjerin dah cair, masukkan tepung gandum.  
8. Goreng sehingga tepung sebati dengan bawang dan marjerin (lebih kurang 2 minit).  
9. Masukkan secawan air.  Kacau untuk larutkan tepung.  
10. Apabila mendidih, masukkan stok daging.  Masak hingga mendidih.  
11. Masukkan tomato paste, daun sweet basil, kobis cina dan tomato cincang.  Masak hingga mendidih.  12. Kemudian masukkan air, garam dan gula. Renehkan selama 30 minit.
13.  Kecap kuah.  Tambah garam jika kurang masin.

14. Hidangkan spaghetti dan kuah ketika kuah masih panas. 

3 ulasan:

  1. emmm nampak menyelerakan... ;>

    BalasPadam
  2. Pesto daun basil sedap ke, tak pernah rasa.. ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau minat rasa rempah, ok lah. Saya dah lama tak makan. Dulu makan pun yang dihidangkan di hotel.

      Padam