Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 11 Februari 2013

Resepi -- Pai Labu Manis, Pumpkin Pie

Pai labu manis amat enak dihidangkan ketika minum petang atau sebagai makanan pencuci mulut waktu makan malam.  Lebih enak lagi bila labu manis yang digunakan dituai dari taman rumah.  Bayangkan rasa lemak manis bila gigi tenggelam perlahan-lahan dalam isi pai yang lemak, manis dan beraroma.  Kulit pula rangup.  Mmmmm.... Saya dapat jelaskan dengan begitu detail sebab sedang menikmati kepingan yang gambarnya diletakkan dalam posting ini.  Mmmmm......

Kredit kepada isteri saya, Zaitun Ismail yang sudi memasak pai yang enak serta berkongsi resepi melalui blog ini.

Pai Labu Manis Tanamsendiri.  


Pie crust
Bahan-bahan
2 cawan tepung gamdum
2 sudu besar gula
½ sudu the garam
2 sudu besar shortening (boleh diganti dengan 2 sudu besar minyak masak)
2 sudu besar marjerin
¼ cawan air sejuk

Cara-cara
1.     Masukkan shortening, marjerin dan air ke dalam peti sejuk selama 10 minit atau sehingga sejuk.  Bahan-bahan ini mesti betul-betul sejuk.
2.    Gaulkan tepung dengan gula dan garam.  Masukkan marjerin dan shortening.  Gunakan hanya hujung jari untuk menggaul untuk mengelakkan shortening dan marjerin cair.   
3.    Gaul rata sehingga tepung menjadi seperti serbuk roti dengan ketulan-ketulan kecil.
4.    Masukkan air sejuk.  Gaul sehingga rata.  Canai mengikut saiz bekas pie setebal kira-kira ¼ inci (6mm).
5.    Masukkan crust ke dalam bekas pie.  Kemaskan tepi.




Pie Filling
Bahan-bahan
1 biji buah labu manis
1 cawan gula pasir (atau gula merah lembut)
1½ sudu teh serbuk kulit kayu manis (cinnamon)
½ sudu teh serbuk buah keras (nutmeg)
½ sudu teh esen vanilla
½ sudu teh garam
1 cawan susu segar (atau susu cair)
4 biji telur ayam

Cara-cara
1.     Basuh kulit buah labu manis.  Potong empat.  Buang biji dan tangkainya.
2.    Panaskan air dalam periuk pengukus.  Apabila air mendidih, kukus buah labu sehingga lembut (lebih kurang 20 – 30 minit).
3.    Angkat dan sejukkan sedikit.  Gunakan senduk atau sudu untuk keluarkan isi dari kulit. 
4.    Masukkan susu, telur,  gula, garam, rempah dan isi labu manis ke dalam blender.  Kisar sehingga sebati.
5.    Tuang ke dalam kulit pai.
6.    Panaskan oven 210oC. 
7.    Apabila oven sudah panas, masukkan pai. Masak selama 15 minit.  Selepaas 15 minit, turunkan suhu kepada 175oC dan masak selama 45 hingga 60 minit.  Apabia masak, crust akan menjadi kekuningan.



8 ulasan: