Tentang Kelembapan
Sebaik sahaja pokok dituai, ia akan kelihangan air melalui proses
transpirasi. Apabila ia hilang 5%
daripada kandungan airnya, sayur tidak lagi elok (layu) dan kurang enak
dimakan. Kedaan ini dapat dikurangkan
dengan menyimpan sayur dalam tempat yang lembap.
Walaupun di negara kita iklimnya panas dan lembap,
kelembapan tersebut tidak mencukupi untuk kekalkan kesegaran sayur. Kelembapan perlu ditingkatkan sehingga 80%
tanpa meningkatkan suhu untuk kekalkan kesegaran sayur. Sebab itulah saya syorkan sayur disimpan
dalam bekas kedap udara, selepas disembur (spray)
dengan air dan disimpan di dalam peti sejuk.
Saya rasa kaedah ini mudah diikut kerana jumlah sayur yang
kita hasilkan tidak banyak dan setiap rumah sememangnya ada peti sejuk.
Saya cadangkan untuk rendam dengan air sejuk dahulu sebelum masuk peti ais agar sel sayur tidak terkejut dengan pertukaran suhu.
BalasPadamSaya cuba dulu. Nanti boleh ubahsuai artikel. Terima kasih. Cadangan yang baik.
BalasPadamBagus idea tu jika di simpanan didlm bekas. Jika di simpan di dlm surat khabar lama, sy akn basahkn surat khabar tu utk kekalkn kesegaran [email protected] Dpt bertahan lama di dlm peti sejuk.. :)
BalasPadamTak elok guna surat khabar sebab nanti bahan kimia seperti karbon akan meresap masuk ke dalam sayur.
PadamPensyarah saya cukup anti dengan surat khabar. Heh.
Beliau syorkan kami guna plastik poli-etthylene kerana ia lebih elok dan berkualiti.