Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 15 Februari 2013

Menuai Bahagian 4 daripada 20


Bagaimana nak tuai?  Ada yang syorkan supaya dipatahkan aja tangkai.  Bolehkah begitu?
Saya gunakan gunting dapur.  Kalau guna pisau yang tajam elok juga.  Ini kerana gunting dan pisau tajam menghasilkan luka yang bersih.  Pokok cepat pulih.  Kalau dipatahkan atau guna alat pemotong yang tumpul, pokok mungkin terkoyak.  Ini boleh menyebabkan pokok terkena penyakit, terutamanya penyakit reput.
Lazimnya sayur menjadi kurang sihat selepas dituai.  Jadi, elok tuai sebelum dimasak.  jangan uai dengan niat untuk disimpan lama, kecuali jika anda jual hasil tuaian.  Perkara tersebebut tidak akan dibincangkan secara mendalam kerana sasaran blog tanamsendiri ialah untuk mereka yang tanam tanaman makanan di rumah untuk makan sendiri, buk/an untuk petani komersial.
Ada tanaman paling elok dituai sebelum dimakan.  Ini termasuklah jagung manis dan sawi.
Negara kita beriklim panas dan lembap.  Tuaian cepat rosak dalam iklim begini.  Oleh kerana di sebelah pagi dingin sedikit, lakukan tuaian di sebelah pagi, ketika suhu rendah sedikit.  Jika tuai tanaman untuk tujuan untuk disimpan, berhati-hati untuk elakkan kecederaan pada tuaian.  Jangan main campak-campak aja tuaian ke dalam bekas atau ke atas tanah.  Ini kerana apabila tuaian tercedera ia akan keluarkan cecair.  Cecair tersebut kaya dengan nutrien.  Mikroorganisma gemarkan cecair tersebut.  Bila mikroorganisma tersebut membiak, tuaian akan rosak. 
Jika ketika menuai, ada tuaian yang rosak kerana kecederaan ketika menuai, elok dimasak dengan segera.  Simpan tuaian yang sempurna sahaja.
Satu lagi, elakkan menuai ketika tanaman basah.  Ini kerana keadaan yang basah boleh menyebabkan penyakit berjangkit dengan cepat.  Elakkan juga menuai ketika panas, kerana apabila tanaman tercedera akibat tuaian, banyak air akan hilang melalui mata luka (tempat dipotong).  Pokok akan mudah layu selepas dituai.
Di musim kering, elok siram dahulu di sebelah petang sebelum menuainya di pagi hari keesokannya.  Ini untuk pastikan tanaman cukup air sebelum luka akibat dituai.
Kalau begitu, mengapa tak tuai di waktu petang?  Pada pendapat saya ia kurang elok kerana kecederaan tuaian tidak terdedah kepada cahaya matahari di waktu malam.  Bahagian luka pada pokok akan mudah diserang penyakit.

10 ulasan:

  1. rupanya banyak lagi saya belum tau.. info yg amat berguna.. terima kasih..

    BalasPadam
  2. Kalau boleh guna sekateur.

    Di Malaysia, untuk skala komersil, penerapan ilmu lepas tuai masih kurang. Alasan utama "alah, nanti makan juga." Sebab kadang-kala saya beli buah, 2-3 hari sahaja sudah mula lebam. Ini menunjukkan pengedalian lepas tuai yang kurang seperti mencampak buah begitu sahaja.

    Saya setuju juga dengan cadangan en Is untuk tuai apabila hendak makan. Namun kalau sudah tanam terlebih, kena juga tuai awal jika tidak, nanti habis tanaman di makan perosak pula.

    Mungkin en. Is boleh cadangkan cara untuk mengekalkan kesegaran tanaman selepas tuaian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sekateur (gunting kebun) lebih efisien.

      Memang sedih. Yang ketara, buah betik dan pisang boleh dijual dalam keadaan yang lebih elok. Malangnya kerana kendalian yang pakaging tak bersistem, sebahagian daripada buah rosak sebelum terjual.

      Saya ada rancang untuk sentuh tentang perkara tersebut dalam posting yang akan datang, dalam tajuk ini.

      Padam
  3. Kawan saya yg berbangsa India berpesan kalau nak petik daun holy basil, petik di siang hari sebelum gelap, sebabb pkk pun nak rehat waktu mlm.
    En. Is, benih kacang mata hitam renek dan buncis renek ada tak? Kalau ada, saya nak sepek setiap satu. Nanti saya pesan yg lain2 supaya cukup 5 jenis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kacang mata hitam renek dan kacang panjang renek ada stok. Kacang buncis renek tiada stok.

      Padam