Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 14 Februari 2013

Menuai Bahagian 3 daripada 20

Bila nak tuai pun penting.  Kalau tuai terlalu lambat, mungkin sayur dah berserat atau rasa dah terlalu pahit.  Kalau tuai terlalu awal juga mungkin merugikan kerana sayur mungkin masih boleh membesar dengan mutu yang tinggi.  Rasa juga mungkin terlalu tawar.  Kalau nak simpan lama sayur, bila elok dituai?  Waktu muda atau waktu telah matang?  Kalau tuai terlalu lewat, sayur mungkin berbunga, menjadi berserat, terlalu pahit dan kadang-kadang tidak boleh dimakan.
Ada tanaman yang kekal produktif dalam jangka masa yang lama, jadi ia dapat diutuai sedikit sedikit.  Tanaman sebegini anda boleh tanam banyak dan menikmati tuaian secara berpanjangan.  Ada tanaman pula menghasilkan tuaian dalam masa yang singkat.  Kalau tanam banyak, mungkin akan berlebihan.
Pokok lobak merah, bendi, tomato, kailan, kangkung boleh dituai dalam jangka masa yang lama.  Pokok jagung dan kacang tanah hanya dituai sekali.  Lepas itu pokok mati.
Pokok yang menghasilkan tuaian dalam masa yang lama kadang-kadang juga mesti dituai selalu.  Misalnya kacang bendi dan kacang botol.  Buah yang ada perlu dituai.  Jika tidak dituai, buah akan jadi berserat.  Pokok kacang bendi, jika tidak dituai hingga buah menghasilkan benihj yang matang, pokok akan mati.  Jika dituai selalu, ia akan menghasilkan buah secara berpanjangan.
Ada tanaman pula boleh mula dituai sebelum ia matang, misalnya lobak putih.  Daun dan lobaknya boleh dimakan.  Bahagian lobak enak dimakan ketika muda.  Begitu juga dengan salad, kobis dan kailan.  Daunya boleh dituai secara berterusan.

12 ulasan:

  1. salam tuan,
    inilah masalah yg sedang saya hadapi.Masalah bila tiba musim menuai hasil.Tanam sikit tak cukup, tanam banyak..niat nak tuai sikit2..sedar2 lagi sayur dah berserat, keras, pahit macam2..ambik semua simpan dalam peti sejuk, tak juga di masak nak petik yg lain pula..petik semua bagi2 kat jiran..hemm last2 jadi macam pasport pula, utk.datang minta pula, alasan nampak banyak, nanti tua kat pokok mereka kata sayang..entahlah..time saya membuat batas tak kira panas terik, tak ada pula tampil jalan2 nak tolong..akhirnya bila saya nak memberi hati saya berkata kata lah pula..akhirnya biarlah buah tu tua kat pokok, boleh buat benih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :)
      He he. Macam-macam. Saya pun ada yang mengejutkan berlaku. Semalam ada sepasang, saya syak suami isteri sebab umur dalam pertengahan 30an, singgah dengan motor seberang jalan depan rumah.
      Ish, buang anak ker? Sebab lain macam jer cara singgah. Pergi tengok. Dah hilang sebiji buah labu fajar. Macam-macam.... Dalam hati, kenapa tak singgah minta. Kalau minta saya bagi.

      Padam
  2. Bila buah yg ditunggu-tunggu tu hilang diambil orang, memang terkedu juga. Untuk pujuk hati sendiri, tuan kebun ingat org yg ambil tu perlukan sgt sgt utk dimkn. Yg tuan kebun tak sanggup cuma kalau tangan2 gatal petik buang aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tabiat manusia macam-macam, macam channel Astro juga.

      Padam
  3. Itu satu cerita, saya plak tak paham dgn perangai 'busuk' makcik sebelah rumah. Bila tanaman saya tak menjadi dia pandai komen "aku tgk kau beria ia tanam tapi tak nampak hasil pun." Pastu kemarin dia bagi komen lg "sampah aku dpt, hasil dpt kt orang. Ai...dah melebih plak org tua ni...bila pulak daun kering aku melompat masuk kat rumah ko? Yg ko sapu tu daun pokok mangga. Aku tak ada pokok mangga pun! Pokok orkid saya tak sampai pun 5 minit tumpang gantung kat pagar rumah dia dah marah2 takut ada anai anai keluar dari pasu saya!! Hah! dia marah sampai hempas sliding door!! Hey makcik, dah mati esok bukan setakat anai anai, cacing yg makan kita....sedarla makcik oiiii....saya ni bukan bangsa suka cari gaduh,jadi saya buat bodoh je le tapi dlm hati berbuku jugak......sabo je le....

    BalasPadam
  4. .En. Is gantunglah poster "TUHAN NAMPAK APA YG AWAK BUAT" kebun tu. he he

    BalasPadam
  5. ha.. tiru mcm anak lynn letak signboard..."you may enjoy the flowers..but pls leave some for the owner..." seminggu jer! lepas tu dah takda dah org petik bunga telang & sunflower tepi pagar..

    BalasPadam
  6. bagus idea anak lyn tu... memang menjadi...

    BalasPadam