Minggu lepas saya tunjukkan labu fajar hasil pendebungaan secara manual. Saya hanya maintain 2 biji pada pokok tersebut untuk mendapatkan buah yang berkualiti tinggi. Malangnya sebiji telah hilang selepas sepasang suami isteri dengan motor singgah di seberang jalan. Yang tinggal hanya sebiji. Diharapkan sebiji yang tinggal ini sempat dituai dan menjadi hidangan keluarga.
![]() |
Buah labu fajar semakin membesar. |
![]() |
Saiz buah telah berganda sejak minggu lepas. |
antara cabaran tanam sendiri selain makhluk perosak dan kucing, ada juga jiran tetangga yang sewenang-wenangnya merembat hasil yang kita usahakan.biasalah kan en is...
BalasPadamNak buat macamana. Kalau kucing bolehlah halau. Kalau makhluk perosak boleh tangkap dan bunuh. Tapi kalau tetangga, tak kan nak bermasam muka kerana labu sebiji. Harap-harap yang sebiji lagi tu tak dikacau. Bukan apa, takut jadi macam Haji Bakhil dengan semangka dalam movie dulu dulu.... "Pak kempunaaaan ya nak..."
Padamaduhaiii... jangan la sampai kempunan... kalau dah takde rezeki, nak kata macammana lagi kan... bersabar je la... tapi jangan bersabar sampai org pijak kepala sudah la... :)
Padammungkin lepas ni kena tanam labu tu kat tempat lain... dalam laman rumah ke... bila diluar pagar tu... mmg org tak fikir panjang... sapa dapat dia punya la...
Isu ini ada dimainkan juga di makmal tempat saya belajar.
PadamPernah durian eksperimen kami dirembat orang.
"Wong, lain kali, awak letak label pada durian awak:
"Durian eksperimen. Bahaya - Racun Basta digunakan."
kata pegawai makmal di situ.
Kena letak dlm pasu camtu ke en iskndar?
BalasPadamTak, letak hanya nak beritahu pada yang panjang tangan, saya sedar kehadiran labu tersebut.
Padamjangankan pokok yang berbuah, nampak anak pokok yang masih kecil pun ada sudah suara2 yg bagi hint "jangan heran ah kalau ada yang hilang sebab ada yang mengambil.."
BalasPadamcabaran tanaman dirosak ayam, kucing, ulat, serangga sudah dirasa.. cabaran oleh manusia belum lagi...
Cabaran dengan manusia sukar sikit, kena tangani dengan halus.
Padamen Is, benih dah smpi ptg tadi...
BalasPadamtq..
Tuan, kenapa letak dlm pasu?
BalasPadamNak beritahu pada yang panjang tangan, saya sedar kehadiran labu tersebut.
Padampokok/ bunga/buah yg parents sy tanam kat kawasan luar pagar selalu di kebas org.. agaknya derang pk pokok tu majlis bandaran yg tanam kot dan sebab depa bayaq cukai pintu depa ada hak kutip suka hati hahaha..(gelak dlm geram)
BalasPadam