Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 5 Februari 2013

Labu Fajar Dan Bunga Betina

Posting asal (1 Februari)
Bulan lepas saya ada tunjukkan gambar putik bunga betina daripada pokok labu manis fajar.  Bunga ini memang telah lama ditunggu kerana putik bunga betina mampu menjadi buah.  Malangnya putik tersebut telah dimakan makhluk perosak sebelum ia sempat mekar.  Setelah diperiksa, saya dapati bunga tersebut telah dimakan berengga (maggot), iaitu larva dari jenis lalat.  Saya tak pasti jenis lalat tersebut.

Putik bunga betina.

Putik bunga jantan. 


Minggu lepas, saya telah pangkas pokok untuk dapatkan pucuk untuk dibuat sayur.  Batang yang ada putik bunga betina, saya pangkas hingga kira-kira 15 cm daripada bunga.  Tujuannya ialah supaya nutrien dihantar ke putik bunga.  Jika saya biarkan pucuk terus tumbuh, sebahagian daripada nutrien akan dihantar ke pucuk.

Jadi, minggu lepas dapatlah saya makan sayur lemak pucuk labu.  Bunga jantan yang hampir mekar dikutip dan disimpan di dalam peti sejuk.  Tujuannya, debunga daripada bunga tersebut akan digunakan untuk mendebunga bunga betina yang mekar.

Hari ini, saya dapati bunga betina tersebut telah mekar.  Saya debungakan secara manual, ikat hujung kelopak supaya tiada lalat buah bertelur di dalamnya dan tutup putik bunga dengan kertas baking untuk mengelakkan serangan makhluk perosak.

Pokok labu manis fajar dengan bunga betina yang didebunga secara manual dibungkus untuk melindunginya daripada serangan makhluk perosak.


Rupa-rupanya hari ini ada banyak juga bunga jantan yang mekar, jadi saya tak gunakan bunga yang disimpan dalam peti sejuk.  Memadai guna bunga yang sedang bekar.  selepas menyiapkan bunga betina, saya kutip bunga jantan untuk dibuat salad.

Kelopak bunga jantan labu manis enak dibuat salad bersama pepperomia dan daun salad.  Memang enak bila dijirus kuah (dressing) thousand island.  Yummi.... dan tak sabar tunggu labu manis fajar berbuah.

Pada 5 Februari, iaitu 4 hari kemudian, saya telah membuka balutan putik bunga tersebut.  Alhamdulillah, buah lekat elok.  Lihatlah sendiri.

Buah memesar daripada saiz ibu jari ke saiz tapak tangan dalam masa 4 hari selepas didebungakan. Gambar diambil pada 5 Februari.

Putik labu manis yang lekat pada hari ke 5.
Dapatkan benih labu manis fajar.

26 ulasan:

  1. Salam, gambar tak ada tak best..kalau tak boleh kenal yang mana jantan dan betinanya..dan tengok pokoknya.

    BalasPadam
  2. bolehkah kita mendebungakan bunga tersebut kalau kuntumnya masih tertutup (tapi akan mekar bila2 masa)..? Atau kita tunggu sehingga kuntumnya terbuka baru kita buat pendebungaannnya?

    BalasPadam
  3. alangkah cun nyer kalau ada gambar ... :)

    BalasPadam
  4. Sampai bila bungkusan itu ditinggalkan begitu; perlukan di salin dan dibungkus buahnya nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila kelopak tanggal dan putik buah dah kukuh, saiz lebih kurang sejengkal.

      Padam
  5. En. Is, i find lots of these maggot (larva lalat) serang my cili padi too. I keep those cili padi yg telah diserang in a container, then lots of maggot come out. Memang similar dgn larva lalat that sometimes v jumpa in sampah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh that's very frustrating. Your chlli padi is attacked?

      Remove and burn all fruits to break the fruitfly's life cycle. Set traps as described in this blog. Use the bait paper that I distributed in this blog.

      Padam
    2. Ya En. Is, i did. I bought the trap from u few weeks ago.Memang ada ja! i did kutip the spoil one too. But stil serang! arh!!

      Padam
    3. Maybe ada jiran yang tanam pokok buah, tapi biarkan buah ranum tanpa dituai. Ini membantu lalat buah reproduce dalam bilangan yang banyak.

      Padam
  6. wah... tak mudah nak bela rupanya... adoi la... saya baru je alih anak labu manis ke tanah... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila menjadi berbaloi. Labu manis kalau mnjadi puas makan.

      Padam
  7. salam tuan, selepas pendebungaan dibuat secara manual,ikat hujung bunga betina, pada saat yg sama terus bungkus dgn kertas baking?..kertas A4, boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Ini untuk mengelakkab lalat buah masuk bertelur di dalam bunga. Boleh guna kertas lain. Ada yang gunakan kertas suratkhabar. Saya guna kertas baking sebab ia lutcahaya dan kalis air.

      Padam
  8. I have similar problem with the usual pumpkins. The fly/bug attack both male & female flowers by laying eggs in non mature buds. Flower buds will drop-off immaturely before having a chance to bloom. I am working around this problem by wrapping with netting all my female flowers and selected male flowers the minute they appear.

    Could this bug/fly be the fruit fly or orange cucumber bug? Failed to conclude, dont know enough of life cycle for these bug/insects. Any advice on how to get rid of these pest? Thks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. You can cover the buds even before they bloom. Then when they bloom, pollinate manually and cover the flowers again.

      Padam
    2. Exactly what I am doing.. but very troublesome. I hope you are able to identify the type of insect and way to get rid of yhe insect. Thks

      Padam
  9. Pokok labu, petola masih dlm kelambu....kekabuh timun masih berkeliaran :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat saya, kekabuh timun dah muncul semula. Tapi serangan kurang sedikit sejak saya letak kerengga. Dalam 2 mingggu lagi saya akan alih kerengga ketempat lain, jika makhluk perosak dah kurang.

      Padam
  10. Sama jgk. . Pkok timun n pokok labu yg saya tanam pn kena serg. .

    BalasPadam
  11. Sayur kcg panjang dan sawi saya lak kene attack dgn leaf miners. Hari2 sembur dgn Neem Oil pagi petang! Nampk dah kurang sket. Cuma tak tahan dgn serangan spider mites. Degilnya tak boleh dihapuskan. HAri ni sembur esok dtg lagi!! You alls ada problem dgn spider mites tak? Nak sembur dgn apa ek?

    BalasPadam