Khamis, 7 Februari 2013

Kesan Serangan Siput Babi

Hari ini, apabila diperiksa putik labu, ada tanda kertas pembungkus dimakan siput babi.  Mujurlah putik tersebut telah dibalut. Jika tidak, pasti putik buah menjadi mangsa siput tersebut.  Hari ini tiba waktunya untuk memusnahkan siput babi pula.


Sebahagian daripada kertas pembalut buah labu dimakan siput babi.


13 ulasan:

  1. kertas pun kau makan siput?... haih...
    (mesti kertas tu tak sedap kan?... sbb tu ko tak makan habis...)

    BalasPadam
  2. Kalau diteliti saiz tinja yang ditinggalkan di atas kertas, ini siput babi bersaiz kecil. Awal pagi tadi dah kutih dan musnahkan 18 ekor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyaknye hasil tangkapan.. Tak letak ubat siput ke en is..?

      Padam
    2. Ada diletak di kawasan sempadan, tapi tak letak kawasan pokok. Yang menyerang ni sememang ada dalam kawasan, menyorok celah pasu dan bawah batu.

      Padam
  3. Kalau dulu, mak saya ajar letak garam keliling pokok. Tetapi apabila sudah belajar, garam tak elok diletakkan atas tanah. Ia akan merosakkan tanah.

    Jadi, en. Is buang siput secara manual ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang di dalam kawasan. Bahagian sempadan saya tabur pellet metaldehyde.

      Padam
  4. Wah, nasib baik labu still selamat! i kutip siput tu & bagi kura-kura makan..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. olive, saya pernah terbaca ada orang makan. Mungkin kalau ada orang di taman saya makan, siput tidak akan kelihatan lagi.

      Padam
  5. aik? sampaikan kertas pun dibahamnya...

    teringat kisah lalat buah yg 'mengejar' En Is :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahagian kulit dan tangkai buah juga ada kesan gigitan. Satu putik buah dah rosak dikerjakan siput.

      Padam
  6. comel siput ni hehehe, tak sampai hati nak kiok kan.. selalu kutip letak tempat lain jauh2 sikit, bila dah penuh kutipan tu dah macam escargot pulak .. scallop pon ada :)

    BalasPadam