Ini kerana dalam masa 2 minggu lagi saya akan alih keluar kerengga untuk melindungi anak kecil daripada digigit kerengga ketika berkebun.
TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Khamis, 7 Februari 2013
Kerengga Menangkap Kekabuh Timun
Beberapa hari lepas saya ada meletakkan kerengga ke atas pokok petola dengan tujuan supaya ia menyerang serangga perosak, terutamanya belalang. Saya dapati jumlah belalang telah bekurang di dalam ruang menanam. Hari ini saya ternampak sekumpulan kerengga sedang menangkap seekor kekabuh timun di atas pokok petola. Diharapkan dalam dua miggu ini kerengga akan dapat menghapuskan hampir semua makhluk perosak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
macam mana cara nak alih kerengga? guna perangkap?
BalasPadamSama kaedah dengan ketika bawa balik kerengga dulu. Sapu lengan dengan insect repellent, kerat ranting daun sarang dan biarkan ia jatuh ke dalam tupperware besar. tutup dan bawa ke lokasi sasaran. buka tupperware dan biarkan kerengga keluar cari tempat baru.
Padamtak sure pulak sarangnye kat mana?... arwah ayah saya bawak 2 ekor dalam kotak mancis... ingat nak kasi buah jambu tak rosak dek ulat... rupernya nak buat kenangan.
Padamtapikan en is, bukan semua kerengga pon akan jatuh dalam tuperware besar kan? yang baki tu akan membiak lagi .. macam mana tu ?
Ya, betul tu. Saya pun tak niat nak buang semua. Kalau buang semua, makhluk perosak akan bertandang lagi. Mengalih dapat mengawal populasi supaya tidak terlalu banyak. Daripada pengalaman lalu, bila sarang utama dialih, ia akan cuba bina lagi, tapi kalau bila bina asyik kena alih aja, saki baki akan cari lokasi baru.
PadamWahhhh...menarik ni....bagaimana nak alih en is? Boleh share?
BalasPadamSama kaedah dengan ketika bawa balik kerengga dulu. Sapu lengan dengan insect repellent, kerat ranting daun sarang dan biarkan ia jatuh ke dalam tupperware besar. tutup dan bawa ke lokasi sasaran. buka tupperware dan biarkan kerengga keluar cari tempat baru.
Padamkalau di australia mmg ada kedai jual ladybird dan few jenis serangga utk tlg kita berkebun.. (hm..mana nak cari kerengga kat USJ ni erk?)
BalasPadamHmmmm.... ada market ni....
PadamHehe :)..
Padamsaya ada nampk kerengga 2 3 ekor kt kbn saya. . Blh lh praktik cara nie ntk kontrl kekabh timun yg serang pokok labu n timun saya
BalasPadamPastikan kerengga yang digunakan bukan dari jenis agresif.
Padammacam bala tentera memusnahkan musuh hehehe
BalasPadamSaya nampak macam orang tengah melapah daging waktu raya korban.
PadamSaya pening dengan kerengga ni terlalu banyak. Adakah cara lain selain memindahkan bala tentera nya?
BalasPadam