Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 7 Februari 2013

Guna Keratan

Ada rakan yang berkata, kalau semai cili dengan biji benih, lambat.  Ada tak cara lain?  Oklah.  Boleh ikut cara saya.  Jika inginkan anak cili yang mempunyai ciri yang sama dengan induknya, dan berbuah dengan lebih cepat, guna keratan.

Bila saya dapat cili yang saya suka sifatnya, saya akan kerat bahagian ranting yang masih lembut dan semai dalam growmix.  Biasanya lepas seminggu akar akan tumbuh dan pokok akan mula membesar.  Kalau guna cara ini, pokok cepat berbunga dan berbuah.  Walaupun pokok seperti bonsai, buahnya sama seperti buah induk.

Pokok cili ini dibiakkan menggunakan keratan.

18 ulasan:

  1. wah, bagusnyer, first time tau nih.. mengikut sejarah saya yang tak pernah lagi berjaya tanam pokok cili menggunakan biji benih, hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara ini lebih cepat tapi pokok kecil sedikit. Saya biasa buat bila induk diserang penyakit. Bahagian yang belum dijangkiti saya kerat dan tanam.

      Padam
  2. ye ke?cam xcaye jer leh tumbuh guna batang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba. Peringkat awal letak tempat teduh.

      Padam
  3. hmmm....menarik ni...biji lambat,tunggu punya tunggu...kena rendam dlm penggalak akar dak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok pada jenis tanah yang digunakan. kalau tanah yang kaya dengan organik, misalnya growmix, tak perlu celup penggalak akar.

      Padam
  4. Thanks for sharing.... Tak pnh tau pun bole guna cara ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome. Miamore boleh cuba nanti. :)

      Padam
  5. Tumpang tanya, kalau nak pindah pokok cili dari pasu ke planter box dan tanam sekali dgn pokok daun bawang boleh tak? Thanks..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya boleh. Kadang-kadang dalam patch cili saya, saya juga tanam bawang. Sawi pun pernah.

      Padam
  6. nk try lah..sb induk cili diserang penyakit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak tahan tengok bila pokok dah besar baru kena serang. Kalau semai baru memakan masa. Apa yang saya buat, kerat bahagian yang kena penyakit dan bakar. Bahagian yang tak kena penyakit saya propagate (kerat dan semai). Pokok asal saya tak buang. Biasanya bila cepat bertindak, dapat diselamatkan. Masalahnya bila lambat bertindak.
      Cili kalau menjadi seronok. Tapi cabarannya banyak terutamanya kalau tanamsendiri tanpa guna racun. Orang fertigasi letak racun aja. Yang saya tahu, mereka guna lebih dari 10 jenis racun. Mereka kata selamat. Saya percaya, selamat. Tapi tak mahu ambil risiko macam tu terutamanya bila beri anak-anak makan.

      Padam
  7. waah info bagus.. klo cili kena serang penyakit iaitu hitam pd buang and jd kering tu mcm mn nak rawat?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti penyakit apa. Kalau boleh snap gambar dan kirim.

      Padam
  8. nak kena buat eksperimen baru ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengan tomato juga menjadi. Gunakan posting tentang tomato sebelum ini sebagai panduan.

      Padam
  9. Saya belum bernasib baik tanam cili atas tanah. Pokok gagal berbuah tapi bunga lebat! Buah lekat cuma sebiji yg lain putik bunga kuning pastu guugur. Ada satu pokok cili padi yg saya tanam secara topsy turvy (upside down) pulak sdg berbuah lebat..saya tgk kalu tanam cara ni tak ada langsung serangga perosak dtg kacau ...jadi nampaknya next projek tanam cili cara terbalik lebih serasi dgn saya. Apa apa pun kita hanya mampu merancang Allah juga yg menentukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik juga. Mohon untuk letakkan ulasan ni sebagai posting utama, supaya dapat dimanfaatkan rakan-rakan.

      Padam