Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 11 Februari 2013

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Timun Jepun dan Kobis Cina

Gambar hari ini adalah hasil usaha Sdri Awatif.  Timun jepun yang ditanam dalam polibeg begitu cantik dan berkilau.  Pasti rangup bila dituai nanti.  Kulitnya begitu cantik seolah-olah disapu minyak.  :)  Memang cantik.  Nampaknya saya kena semai lagi timun jepun.  tak boleh tahan tengok gambar ni.


Timun jepun dalam polibeg sedang berbuah.  Tanaman Awatif. Gambar milik[email protected]

Lihat buah timun jepun ni, berkilau.  Gambar milik[email protected]

Pokok timun jepun.  Gambar milik[email protected]




Tanaman kobis cina juga begitu menjadi.  Tiada cela.  Nanti bila jadi hidangan, pasti puas makan.  Saya perhatikan latar belakang gambar yang Awatif kirim, luasnya kawasan.  Awatif adalah antara orang yang bertuah di bumi megah ini.  Banyak kawasan untuk dikerjakan.  Sihat badan, sihat minda.





Kobis cina dalam polibeg.  Cantik! Gambar milik [email protected]

Kobis cina hasil usaha Awatif.  Sempurna!  Gambar milik [email protected]


Terima kasih Awatif kerana sudi berkongsi tanaman melalui blog ini.

6 ulasan:

  1. salam. . En. Is kobis cina nie dia brtangkp x.? Maksd saya membntk mcm kobis blt tu. . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dua jenis. Kobis cina mikey membentuk heart. Kobis cina ong king tak.

      Padam
  2. Oh. . Rasanya saya tanam jenis yg nie. . Pastu en.is. . Macm mane nk bg pokok timun berbuah lbt. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketika pokok mula berbunga, pastikan pokok tak kering lama sebelum menyiram.

      Padam
  3. Saya belum berjaya dengan timun. kena cuba lagi ni... jelesnya tgk timun di laman org.

    BalasPadam
  4. Timun mudah ditanam, tapi susah sikit jaga sebab ada banyak jenis makhluk perosak. Tapi kalau menjadi, memang puas makan. Air kena cukup bila pokok mula berbunga.

    BalasPadam