Hari ini saya pamerkan gambar kiriman Puan Nadia Mohd Abd Rashid. Gambar yang dikirim ialah gambar bayam malabar dari jenis merah, Basella rubra. Bayam malabar adalah satu dari sayur yang saya gemar tanam sebab, ia mudah tumbuh walaupun dengan keratan batang, enak dibuat ulam kalau makan sedikit sahaja, dan enak digoreng bersama bawang putih.
Pokok dalam gambar dah matang dan kelihatan buah pada batang. Buah yang berwarna merah boleh dikeringkan dan benih yang terhasil boleh disemai. Warna merah pula boleh digunakan sebagai pewarna asli. Bayam malabar boleh dimakan sebagai ubat kerana ia mampu membaiki organ dalaman yang rosak akibat diabetik dan darah tinggi.
Terima kasih Puan Nadia dari Kemaman (kampung saya tu).
![]() |
Bayam malabar, milik Puan Nadia Abd Rashid, [email protected] |
![]() |
Bayam malabar, elok untuk kesihatan. Gambar milik [email protected] |
Salam en iskandar,
BalasPadamrupanya orang kemamang ni..:D
buah hitam tu sy dah selamat jemur..nanti boleh semai lagi...ramai jugak jiran yg dtg tanya pasal bayam ni..sebab merah menarik minat orang yang tengok..:D
Masa kecil2 dulu mak ada tanam. Tapi sebagai pokok hiasan, dia tak tahu boleh makan. Sesiapa yang kena diabetis atau darah tinggi boleh amalkan makan 1 helai sehari. Bukan sebagai ubat, tetapi untuk repai buah pinggang dan pankreas yang rosak. Kajian dah dibuat, ia berkesan.
PadamHari ni tuai utk buat sup. Jiran sebelah berbangsa cina pernah bg suggestion buat sup. Elok utk kesihatan katanya.
BalasPadamOwh sedap tu. Sup cina, tarok bawang putih dengan halia. Lapar lah pulok. :)
Padam