Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 25 Februari 2013

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Akira, Kailan Dalam Bekas Selfwatering

Gambar yang dipamerkan hari ini adalah kiriman Sdri Akira ([email protected]).  Pokok kailan (dan kelihatan sawi juga) ditanam menggunakan kaedah self-watering menggunakan botol plastik yang dikerat.  Kalau diperhatikan, Akira dah boleh tuai sebahagian daripada daun kailan tersebut kemudian biarkan pokok tumbuh lagi.

Sdri Akira seperti kurang berpuas hati dengan mutu daun tersebut.  "Mungkin kurang baja", katanya.  Sya syorkan akira masukkan sedikit baja di dalam air, mungkin cecair baja organik, atau 1/2 sudu teh bintil baja urea untuk bekalkan lebih sebatian nitrogen.

Pada pendapat saya, sayur ini subur.  Akira boleh tuai sedikit-sedikit supaya pokok kekal aktif.  Terima kasih Sdri Akira kerana sudi berkongsi gambar.


Kailan yang ditanam dalam bekas self-watering.  Gambar milik [email protected]

Kelihatan bekas self-watering yang digunakan oleh Akira.  Gambar milik [email protected]

Daun kailan, besar dan subur.  Gambar milik [email protected]


3 ulasan:

  1. KAILAN NI DAH MASUK KUALI DH,...2 HARI LEPAS...MMG CRISPY...DAN RASE MCM BABY KAILAN....SGT2 SEDAP...WALAUPUN GORENG DENGAN IKAN BILIS JE...DUA POKOK NI CUKUP UNTUK SEPIRING..KUANTITI SEPIRING TU SEPERTI ORDER KAILAN DI KEDAI MAKAN..MMG PUASHATI...DAH SEMAI BRU DH...DN DAH SEDIAKN BAJA CECAIR SEPERTI YG SIFU IS CADANGKAN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. MasyaAllah cantik nyer pokok ni... untuk besar mcm ni, berapa lama yeh? mcm mana bekas self watering tu ek? dan juga "BAJA CECAIR" tu mcm mana nak prepare?

      Kalau tak keberatan share di sini... :)

      Padam
  2. salam, saya anazaujah.blogspot.com nak maklumkan saya dah terima seeds yang saya pesan... bersekali dengan benih kongsi februari...terima kasih banyak2 dan saya doakan kebun tanamsendiri.com bertambah segar dan terus berhasil...
    terima kasih daun keladi hehe

    BalasPadam