![]() |
Sawi Hijau Hong Kong, di tanam dalam pasu terung. |
Sawi Hijau Hong Kong adalah antara benih terbaru yang disenaraikan dalam blog tanamsendiri. Saya dapati sawi ini juga mudah tumbuh dan cepat besar. Tak sabar menunggu untuk tuai sawi ni.
Oleh kerana ruang dah terhad, saya alih cambahan sawi ke dalam pasu terung. Tanah disuap dengan bahan organik dan air secukupnya. Sementara menunggu terung matang, dapatlah tuai sawi dulu. Cukup cahaya, nutrien dan air, tanaman tak berebut walaupun tempat sempit.
En Is, sawi yg saya tanam lambat betul besar. Dah nak masuk 2 bulan lebih rasanya saya tanam. Macam mana nak bg dia membesar ye. Saya dah letak baja tahi ayam tapi hanya tumbuh dalam 2 inci je besarnya. Tu pun satu je, yg lain tu ada yg tak besar dan ada yang da mati.
BalasPadamTanah yg digunakan adalah tanam yg bercampur dgn sabut dibeli dr nursery
Semasa sawi tumbuh set daun sebenar (4 helai daun), alih tak anak pokok tersebut? Atau hanya cabut yang lain? Sawi akan hanya membesar dengan cepat bila dialih.
Padamsaya pun dulu semai sawi guna tanah sabut,tapi bila sampai satu tahap,pokok tu berhenti membesar. so saya alihkan sikit pokok tu ke tanah lain.baru lah pokok tu galak membesar.tapi yang di tanah sabut tu tetap macam tu jugak.
PadamSaya rasa,tanah sabut sawit di nurseri tu tak boleh guna terus lah,kena gaul dengan tanah lain jugak kot.betul ke en. is? :)
Kak Nor.. sama la kiteee...
BalasPadamSama mc kes saya, tp lepas guna baja nitrogen siram seminggu sekali, dah ok, sayur ni nak cahaya pagi dan redup sebelah tghari, selain tu tanah mampu menyerap air dgn bagus tpi x menakung air,
BalasPadamPokok ni sekali sekala nak dibelek2 dibelai2 diajak berborak, ugut sikit nantimtumbuh cantiklah dia.
He he. Akar perlukan udara. Kalau tanah mampat, bagilah apa pun, pokok sawi tak naik. Pertumbuhan bukan di atas saja, di bawah pun perlu tumbuh. Kalau akar tiada untuk serap nutrien, pokok tak dapat serap nutrien dan pertumbuhan akan terbantut.
PadamLavendernovella, baja nitrogen tu mcm mana rupanya. Baja biji atau air..ada di jual dijual di giant atau nursery sahaja. Teringin gak nak mkn sawi sendiri. Huhu..
BalasPadamKebiasaannya baja organik dah kaya dengan sebatian nitrogen. Jika nak yang pure, ia dipanggil baja urea. Biasanya dalam bentuk bintil2 putih. Jangan letak banyak, pokok akan melecur kalau terlebih. Guna sukatan yang diberi oleh pengeluar.
PadamMaksudnya tanah perlu digembur selalu ke. Saya tanam dalam styrofoam dan nak gembur takut terkena akar akar sawi tu. Nak kata tak cukup cahaya da memang tempat cahaya matahari pagi...
BalasPadamBaja tu Bintil2 putih, boleh cr kt nursery, label nitrogen, sukatan saya 1 sudu teh baja campur 10 liter air , siram seminggu sekali, pokok bunga pon saya siram sekali...
BalasPadamTanah gembur 2 minggu sekali , guna sudu mcd tu jer, cungkil keliling hati2 yg penting x kene akar utama, akar yg halus tu xper...
Dlm sepeket biji benih hatta biji benih aper brand pon, x semua benih tu elok, ada yg cacat, so perkara ni biasa, tpi kalau semua ditanam something wrong, harus tangkap gambar sent ke en. Is.... dia boleh bg nasihat.
En. Is bila nak jual baja nitrogen? Ramai cari ni...
BalasPadam:)
PadamEn Is, sawi hijau HK saya dah sebulan. Ada yang dah mula keluar bunga. Bila masa sesuai nak tuai. Kena tunggu genap dua bulan ke.
BalasPadamSawi hijau hk adalah jenis sawi bunga (cutflower). Bila tangkai utama bunga setebal jari telunjuk sesuai dituai. Mungkin dalam 1 atau 2 minggu lagi.
Padam