![]() |
Pokok Petola Sarang memenuhi pagar depan rumah. |
Pokok begitu subur tumbuh dan masih belum berbunga. Minggu lepas saya telah sembur pokok dengan baja bunga dengan harapan ia akan menghasilkan bunga dan buah tidak lama lagi.
TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
![]() |
Pokok Petola Sarang memenuhi pagar depan rumah. |
Assalammualaikum tuan,
BalasPadamLuas juga kawasan kebun untuk petola sarang tu.Nak tanya, kalau sayur2 jenis menjalar, serentak menjalar dikawasan yg sama..boleh ke?..tapi batang pokok nya disemai berjauhan dalam jarak satu meter.
Bila pokok dah menjalar mereka panjat pagar yg sama.Contoh tanaman labu air dan labu manis.Terimakasih tuan
Waalaikum salam Puteri Purnama,
Padamselain daripada nutrien dan air, pokok juga perlukan cahaya. Kalau digabungkan pokok dengan saiz daun yang berbeza, pasti pokok dengan daun kecil akan tewas dan kelaparan kerana tidak dapat jalankan fotosintesis.
Kalau labu air dan labu manis, biarkan labu air memanjat dan labu manis menjalar di tanah, saya rasa ok. Saya kurang pasti susunannya. Jika dua-dua dapat cahaya yang secukupnya, tiada masalah.
Saya ada tanam labu manis fajar dan kacang golok bersama, saya dapati kacang golok tewas kerana daunnya lebih kecil. Sekarang semua daunnya kuning kerana kekurangan cahaya.
terimakasih tuan.
PadamSama-sama Puteri Purnama.
PadamSalam en.is,
BalasPadamsaya nak minta pendapat en.is,saya ada tanam pokok tomato tp pokok tu tak sampai paras pinggang lagi dah berbunga.
perlu kah saya buang bunga tu atau biarkan sahaja dia berbuah. sebabnya pokok masih mudah jagung tp dah berbunga. Terima Kasih en.is.
Kalau saya, saya biarkan dan pastikan pokok mendapat air dan baja secukupnya.
PadamNoted,terima kasih banyak2 en.is.
PadamSama-sama Ibu Qistina.
Padam