Sebelum ini, saya ada menjanjikan beberapa ebook untuk diedarkan melalui blog ini. Bagaimanapun oleh sebab beberapa komitmen, skrip ebook tersebut telah dijual kepada beberapa penerbit untuk mendapat bayaran yang segera. :P Buku bercetak Siri Mudahnya Menanam yang diwarwarkan sebelum ini juga lambat sedikit keluar dari yang dijangkakan. Ini adalah perkara biasa yang berkait dengan proses penerbitan. Diharap rakan-rakan sabar menunggu.
Sementara itu saya juga ada menulis buku dalam bentuk ebook (versi PDF dan ePub) yang akan hanya diedarkan melalui blog ini (kecuali kalau ada publisher yang ingin ragut dengan harga yang saya tak boleh tidur lena.) Saya masih lagi ada beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum dapat edar buku tersebut. Isu yang paling memeningkan kepala saya ialah meletakkan harga. Ya, berapa harga yang sesuai. Kalau harga tak ngam, jualan ebook pasti perlahan.
Buku yang saya maksudkan bertajuk "Kucing Sahabat Taman?". Buku ini ada kaitan dengan kita semua, yang menanam tanaman untuk makanan di rumah. Maklum sajalah, orang suka bela kucing. Secara semulajadi, jamban kucing ialah tanah sebab kucing kambus najisnya. Tanah terdedah, pada seekor kucing adalah jamban high class.
Najis kucing pula mengandungi patogen, iaitu makhluk halus yang memudaratkan terutamanya kepada ibu mengandung. Macam-macam cara disarankan oleh rakan-rakan blog, tapi kucing makhluk bijak. Ada saja cara ia melawan usaha kita. Pengarang telah menemui cara untuk membuatkan kucing jatuh cinta dengan taman di rumah tanpa berniat untuk dijadikan jamban.
Buku ini tak panjang tapi padat dengan petua yang berguna. Barangkali berapakah harga yang sesuai untuk ebook sebegini. Rakan-rakan sila berikan cadangan. Pihak penerbit, tolong jangan tawarkan harga tinggi untuk skrip ini. Saya nak jual pada rakan-rakan pengunjung di tanamsendiri sahaja. Yang dah dapat skrip saya, sila terbitkan cepat-cepat, dah tak sabar ni.
tak sabar rasanye nk dpt kan ebook ni...bab harga tu sya pun kurang arif jgk..nt kita tunggu cadangan rakan2 lain...good luck and good job sifu..
BalasPadam:) Kita tunggu cadangan rakan-rakan.
Padamowh... tak pandai nak letak harga... pada saya buku / ilmu yg baik... kalau saya nak - saya bayar sahaja... mahal murah lain cerita...
BalasPadam:) Ada rakan yang sms. Ada yang kata android jual USD0.99. Ada yang kata, dia beli buku cara memasak sejenis kek, RM120. Tingginya julat harga.
PadamSebenarnya saya ada beli buku android yang harga USD0.99. Topik tak fokus dan content beating around the bush.
Padapendapat saya RM120 terlalu tinggi, sebab buku bercetak pun tak dijual dengan harga tersebut. Saya fkirkan julat antara RM10 hingga RM15.
RM10.00 ke RM20.00 tu harga terbaik dah tu.. Yang penting, cari jumlah yang pembeli senang nak deposit duit melalui Cash Deposit Machine.. :).. Itu aja..
PadamKena cepat jual ni. Patch belakang rumah asyik dibaja oleh kucing aje. Asyik tertunda aje projek saya kat situ....
BalasPadamOh ya, buku ini akan berdaftar, mempunyai ISBN dan copyrighted. Buku yang dibeli disasarkan kepada pembeli dan keluarga sahaja. Jika ingin salin kepada orang lain, setiap penerima perlu membuat bayaran. Sama dengan konsep ebook yang lain. Buku ini bukan buku iklan bertujuan untuk promosi seperti affilliates, MLM dan skim cepat kaya. Tiada hidden agenda, tiada promosi di dalamnya.
BalasPadamDengan membaca buku ini pembaca diharapkan dapat menyelesaikan masalah kucing tanpa didendam oleh kucing. Ia mengandungi cara yang telah dipraktikkan yang menyebabkan kucing berhenti mengkhianati taman pembaca.
Hmm...ptg smlm kucing mne ntah yg tlh membuat jamban kat pokok bunga sy.. utk mengelakkan bau yg tdk sedap tu berterbangan ketika sy sdg meninkmati aktiviti kebun, sy kambuskn dgn sisa pembakaran :p Hilang bau :D
BalasPadamIdea bagus tu. Ada juga yang letak kulit limau. Yang dirisaukan tinja kucing ada patogen yang merbahaya. Kaedah yang saya ingin perkenalkan, kucing tak akan buat jamban tapi ia tak marah pada tuan taman.
Padam