Untuk bulan ini, tanamsendiri akan pecah tradisi. Pemberian benih kongsi kali ini agak berbeza daripada sebelumnya. Oleh kerana ramai dari pengunjung yang minta benih kongsi adalah mereka yang tidak pernah menanam di rumah, dan ini merupakan kali pertama, saya akan kongsi benih yang paling mudah menjadi. Benih yang saya maksudkan ialah Sawi Menang. Bagaimanapun, ini tidak adil pada rakan-rakan yang lama kerana mereka telah menerima benih sawi menang sebelum ini. Kebanyakan dari mereka telah membiarkan sebahagian daripada pokok sawi berbunga dan berbuah. Jadi mereka ada bekalan benih sendiri yang tidak akan putus. :)
![]() |
Tuaian sawi menang daripada patch depan rumah. |
Oleh itu saya akan buat sesuatu yang lain. Untuk benih kongsi saya akan edarkan Sawi Menang, dan untuk benih kongsi bersama pesanan, saya akan kongsi benih sawi lima bintang, iaitu sejenis sawi hijau renek yang hanya dibekalkan kepada hotel lima bintang. Sawi ini tidak dijual di pasar. Oleh kerana benih sawi lima bintang harganya sepuluh kali lebih mahal daripada harga benih sawi biasa, saya hanya mampu berkongsi dengan rakan-rakan bersama dengan pesanan sahaja.
Oleh sebab itu, benih kongsi lima bintang tidak akan dijual secara berasingan. Benih sawi menang ada dijual secara berasingan.
Untuk bulan ini saya akan kongsi 3,000 pek benih sawi menang dan hanya 100 pek benih sawi lima bintang. Ini kerana, benih sawi lima bintang sememangnya hanya ada 100 pek. Jadi, siapa cepat dia dapat.
Untuk dapatkan pek sawi menang, sila emel [email protected] atau SMS 0183601610. Sila sertakan nama, alamat, dan no hp.
gambar sawi 5 bintang ade tak en iskandar? curious nak tau, kenapa ya boleh jadi mahal sampai camtu.. :D
BalasPadamKhabarnya, sawi ini tahan segar lama selepas dicabut. Ia seakan-akan sawi pak choy batang hijau. Amat segah dan rangup. Mungkin kerana jenis baru, ia belum dijual di pasar.
PadamOleh sebab hotel lima bintang ambil dengan harga yang tinggi, sawi ini dibekalkan terus kepada mereka. Saya sendiri belum tanam, hanya lihat gambar dari pembekal. Ruma memang cantik.
yeay... nak...nak...sawi 5 bintang.... ermmm... macam bunyi komunis pulak bila sebut berulang kali... ;)
BalasPadam*nnt saya list kan order sy dulu....
:)
PadamAmboi, bukan main suka lagi ejaMaria.. Hehe :)
Padam:)
Padamhehehe... bila lagi nak makan sawi 5 bintang... nak tunggu makan dihotel? - lambat la... :)
PadamSaya pon mahu order lar...nati saya email..
BalasPadam:)
Padamtn.is..sawi menang ni sawi choy sum ke?kalau jenis ni..memang senang nk tanam....gmbr di atas sama dgn sawi kat kebun saya...
BalasPadamMungkin sama. Bila koleksi sawi sampai 30 jenis, saya dah tak berani nak sahkan nama cina sebab ada yang seakan-akan.
Padamrege bape sipuu? dlm ada bape banyak benih sipuu?
BalasPadamBenih kongsi diedarkan percuma. Jumlahnya tak banyak, cukup untuk tanaman di rumah.
Padampaham2..kasi simpan satu boss. tgh tunggu fulus masuk dlm minggu nie. lebih2 lagik nak beraya.
BalasPadamOk. Saya simpankan.
PadamSy pun nak sawi lima bintang satu! Saya nak gather gatherkan dgn benih set kailan dan keratan mulberi yg sy baru booked seblm ini
BalasPadamYa boleh. Tiada masalah.
Padamsaya pun nak...tlg simpankan en. is..okeh..lagi 2 jenis...nak cukupkan rm10 ni...
BalasPadamSatu pek untuk Faez muhammad.
Padamsalam en is, Ada lg stok sawi 5bntg? Dh lm sy listkn benih nk order kt en.is, kbtuln ms tu mybnk2u ad prob. So sy pospon dulu. Isnyaallah esuk sy akn inet bnking. Klo ada lg sawi 5bntg, jgn lupe smpn utk sy.
BalasPadamYa, ada.
PadamSalam en.is,
BalasPadamsaya nak sawi menang en.is. boleh lg ka?
Ya, boleh. Nanti Ibu Qistina emelkan alamat penerima.
PadamAssalam en. Is....
BalasPadamsy juga berminat dengan benih sawi menang...masih ada ke? sy baru je emailkan nama, alamat seperti diminta...jika masih ada la...terima kasih atas perkongsian ini..
Waalaikum salam. Ya sawi menang masih ada. Saya akan semak email.
Padamsalam encik.. sawi ini jangka masa tuaian bila ye? berapa lama sawi ni sudah mature dan boleh di tuai?
BalasPadamSawi menang 4 hingga 6 minggu bergantung pada kaedah. Yang saya semai 5 minggu. Patch yang saya abaikan hanya dapat dituai dalam 7 minggu.
Padamencik,saya buat thesis guna sawi lima bintang. nama scientific utk sawi ni apa ye
PadamPembekal benih tidak memberikan nama Latin. Semak nama untuk sawi renek dari jenis batang hijau. Ia variasi sawi HK.
Padam