Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 13 Januari 2013

Tuaian Hari Ini -- Peria Jantung

Peria jantung sulong sedia untuk kami nikmati.

Peria jantung yang ditanam kawan saya tumbuh sebesar tapak tangan, tapi yang saya tanam hanya separuh saiz yang dia tanam.  Tunggu buah besar tak besar besar, akhirnya buah kuning.  Alamak, dahlah dapat dua biji sahaja.

Bila rasa buah peria ini, alamak! Betul kata kawan saya.

Katanya,

"Sedapnya buah peria ni.  Ini kali pertama anak-anak makan peria mentah buat ulam bersama nasi.  Isinya rangup, tak pahit.  Rasa bersusu. "

Saya jawab,
"Hmmmm...." dengan nada percaya tak percaya. Ya lah, mana ada peria tak pahit!

Bila dah rasa isi peria ni, tergamam.  Memang betul.  Isinya ada sedikiiiit saja pahit.  Ia lemak dan selepas makan, ada rasa manis kekal atas lidah.  Manis buah.

Dalam hati, menyanyi lagu lama dengan lirik diubah suai....

"Kalau ku tahu ya sayang peria tak pahit,
Mahu ku tanam satu ladang...."

Tapi yang ada hanya tanah tepi rumah.  Benih peria ni pun tak sampai 10 biji.  Nak pesan yang baru, pembekal benih kata, tiada.

Peria jantung, tak sama dengan peria yang biasa saya tanam.  Daunnya kekal kecil dan tak merayap jauh.  satu pokok hanya dapat 1 biji dalam satu masa.  Pokok yang kawan saya tanam, mati selepas dua kali berbuah.  Mungkin sebab ini pembekal benih tak mahu jual.  Kalau jual, buahnya pasti mahal harganya.  Mungkin layak dijual di pasaraya terkemuka sahaja.

Yang ada peria 922.  Mereka kata peria ni pun hebat, tapi saya sendiri belum sempat semai. Benih peria katak dan peria Top Form pun ada dalam stok.  Peria Top Form ada dalam 5 pek sahaja, sebab tu tak disenaraikan dalam Benih Untuk Dijual.








6 ulasan:

  1. terima kasih en.is...pesanan benih dah selamat sy terima...masa tuk mula menanam plak...:)

    BalasPadam
  2. As salam tuan,
    Peria jantung ni sama tak dgn peria kampung? Peria yg saya tnm bentuknya spt yg tuan tnm tp warna semasa muda, hijau muda dan bila masak bertukar menjadi oren. Rasa peria tak begitu pahit dan blh dimakan sbg ulam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemungkinan besar tak sama sebab benih ni benih F1. Peria kampung peria heirloom, iaitu benihnya didebunga secara bebas.

      Padam
  3. Salam tuan, diblakang rumah sy ada tmbuh ulam peria katak dgn byknya. Ttpi x smpa mmbesar dgn sempurna dah kuning n pecah jd sperti kelopak bunga.
    Apakah ini normal utk pertama kali tumbuh ? Jika x bgaimana nak atasi ya tuan.
    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenis liar, memang kecil. Boleh petik sebelum kuning. Jika ingin rasa yang kurang pahit, tuai bila dah kuning. Pucuk juga boleh dituai.

      Padam