Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 18 Oktober 2014

Kailan

Kailan adalah sayur yang mudah tumbuh dalam iklim yang panas seperti di negara kita, Malaysia.  Ia tahan penyakit, cepat dapat dituai, boleh dituai muda atau bila matang, berkhasiat dan mudah dimasak.
Kailan adalah sayur yang popular di Malaysia. Pergi kedai yang hidangkan masakan panas, goreng kailan ikan masin adalah antara menu yang top bila pesan nasi.  Bukan setakat makan sebagai sayuran, ada yang masukkan kailan ke dalam juicer dan dijadikan minuman segar.  Baik untuk jantung, kata sahabat saya.


Kailan ni nombor satu, kata Puteri.



Kailan tanamsendiri tak sama rasanya dengan kailan yang dibeli kerana ia dipetik dan dimakan segar.  Kailan pasar sedap.  Kailan tanamsendiri, lagi sedap.  Maklum sajalah petik terus dimasak.  Lagi manis serta enak kalau ditanam secara organik.  Kalau tak organik sepenuhnya, separa organik pun ok juga.

Lihatlah sendiri, koleksi gambar kailan yang pernah dipost ke blog tanamsendiri sebelum ini.



Sawi kailan jepun menghasilkan daun yang luar biasa besarnya.




Kailan 2 minggu selepas disemai.


Kailan dalam pasu kecil, berumur 2 minggu.



Kailan selepas 1 bulan dialih, sedia untuk dituai.

Kailan yang ditanam bersama celeri.

Akasyah begitu bersemangat membantu.  Dengan tenaga muda Akasyah dan Muhammad, kerja-kerja menjaga patch belakang rumah dapat diselesaikan dalam masa 30 minit sahaja.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan