Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 27 Januari 2013

Tanaman Dalam Bekas

Sebenarnya dah beberapa kitaran menanam saya tidak tumpu kepada bertanam dalam bekas.  Pasu dan kotak polistirena yang ada hanya setakat bertahan.  Tiada yang saya tanam secara intensif.  Ada antara bekas polistirena, saya tanam temu pauh dan lempoyang.  Walaupun ruang terhad dan pokok terabai, dah lama tidak dibaja, pokok tetap subur.  InsyaAllah minggu ni tanaman tersebut akan dikeluarkan dan rizom yang elok akan diedarkan dalam tawaran koleksi rizom.

Saya menjadi teringat kembali tanaman dalam bekas polistirena, bila terpandang kotak-kotak gabus yang tersusun di tepi rumah di Broga, yang dipenuhi dengan tanaman sawi, salad dan kailan menanti untuk dituai ketika sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Bila tanam dalam bekas, ruang terhad.  Bagaimanapun, dari pengalaman saya, menanam dalam bekas amat praktikal bagi rakan-rakan yang sibuk.  Ini kerana bahan nutrien yang dibekalkan tidak mengalir ke tempat lain, masalah rumpai mudah diselesaikan dan lokasi menanam mudahalih.  

Kalau keadaan tak sesuai, alih aja bekas ke lokasi yang baru.  Kalau cahaya cukup, baja cukup, air cukup, ruang tak menjadi masalah sangat.  Pokok tak berebut kerana akar tak perlu merayap jauh.  Pokok boleh ditanam secara intensif.

Gambar di bawah pernah dipamerkan dalam blog tanamsendiri beberapa bulan yang lalu.  Nah lihatlah sendiri.  Ok kan, tanam dalam bekas?

Pelbagai jenis sayran ditanam secara intensif dalam bekas.  

10 ulasan:

  1. Timun tu En Isk tidak buat trellis pun ya, cukup dengan sebatang kayu untuk berbuah. Saya nak tanya, bila timun jepun berbunga, perlu kah kita debungakan sendiri bunga2 tersebut. Apa ciri bunga jantan dan apa ciri bunga betina?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari pengalaman saya, timun tanpa trelis menghasilkan buah yang lebih besar. Lagipun pokok timun yang ditanam dengan trelis mempunyai risiko kecederaan yang lebih tinggi. Buah yang berat akan menyebabkan bbatang pokok "snap" dan mati.
      Perosak kekabuh mentimun pula menyerang pada aras yang tertentu sahaja. Pokok yang tidak sampai ke paras lutut, serangannya tidak sehebat pada aras pinggang.
      Bunga jantan ada debunga dan tiada miniature timun dipangkalnya. Bunga betina ada miniature timun di pangkalnya.

      Padam
  2. Salam en iskandar blh saya tanya,timun mini sama tak dgn timun yg selalu org pantai timur mkn cecah budu tu?saya tuai timun yg baru 2minggu berbuah tp bila mkn terasa pahit..kenapa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti timun yang IRAKI tanam jenis mana. Cuba buang bunga jantan, biarkan bunga betina sahaja. Buah yang membesar akan jadi mandul tapi isinya tidak pahit. Jika berbuat begini benihnya tidak bernas.

      Ada juga yang berpendapat jenis tanah serta baja mempengaruhi rasa timun. Mungkin IRAKI perlu cuba berbagai kaedah hingga mendapat rasa yang diidamkan.

      Padam
    2. Rupa bunga yg mcm mana ye en iskandar?saya tanam mengunakan tanah organik,benih yg saya semai ialah timun mini yg saya beli dr en iskandar..itu pun first time ia bebuah sejak saya semai sebulan yg lps...

      Padam
    3. Bunga jantan ialah bunga yang tiada timun kecil di pangkalnya. Bunga betina ada timun kecil di pangkalnya.
      Cuba buang bunga jantan. Jika selepas dibuang, bunga betina tak lekat, perlu kekalkan bunga jantan.
      Saya tak pasti samada jenis ini bunga betina mesti didebunga atau tidak untuk membesar.

      Padam
  3. En is,Blh saya tanya serai blh tanam dlm pasu tak?kalau nak tanam pasu yg jenis mcm mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh. Gunakan pasu yang dalam. Letakkan tanah dicampur bahan organik kira-kira 30cm. Tanam bahagian pangkal serai kira-kira 8cm. Ia akan mula keluar akar dalam masa seminggu. Lepas itu pertumbuhan akan galak. Saya perharikan jika guna pasu kecil pertumbuhan lambat sedikit.

      Semua jenis serai boleh ditanam dalam bekas.

      Padam
    2. Sbnrnye saya pernah tanam serai kat tanah..mula2 ok..tp bila dah usia 6 bulan,pokok tu kena penyakit(kat daun ada putih2 mcm benah)..tu sbb saya nak cuba tanam dlm pasu...

      Padam
    3. Owh, sebelum ni saya tak tahu ada serangga makan daun serai. Kalau serangga saiz kecil boleh sembur dengan larutan pencuci pinggan dan minyak masak.

      Padam