Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 8 Januari 2013

Soalan Pengunjung -- Warna Bunga Kemangi

1. Apakah warna bunga kemangi?
2. Adakah warna tersebut akan bertukar bila pokok matang?
3. Mengapa kemangi juga dikenali sebagai hairy basil?
4. Apakah bau kemangi?
--------------------

1. Warna bunga kemangi putih.  Tidak, warna bunga kemangi sama sahaja pada pokok muda dan pokok yang telah matang.
2. Apabila bunga telah bertukar menjadi benih, tampuknya kering berwarna kelabu tua dengan tint ungu.
3. Perhatikan rupa bunga kemangi, ia mempunyai kelopak bunga yang berbulu halus.  Sebab itu kemangi juga dikenali sebagai hairy basil.  
4. Kemangi mempunyai bau seperti lemon.  Sebab itu kemangi juga digelar lemon basil.

Bunga kemangi berwarna putih.

Tampuk bunga yang kering mengandungi benih.

7 ulasan:

  1. Maafkan saya..berdasarkan pemerhatian pokok selasih yg ditanam, jenis thai basil berbunga ungu, lemon basil (kemangi) berbunga putih, red basil berbunga ungu dan sweet basil berbunga putih..

    BalasPadam
  2. Kalau dah kering mcm dalam gambar tu, kita bole ambil simpan sebagai benih la ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh. Saya keringkan semula dalam seminggu, kemudian pek dan dijual melalui blog ini.

      Padam
  3. Saya selalu keliru dengan nama nama jenis basil dan kemangin.Puas cuba ingat tp ttp tk boleh.Holly basil tu adakah sama dgn basil liar@wild basil?

    BalasPadam
  4. Tak sama. Holy basil ialah tulasi.

    BalasPadam
  5. Saya nk beli benih kemangi....macamana caranya?
    Kalau saya nk simpan dahulu benihnya dan 3 bulan akan dtg baru disemai..bolehkah?

    BalasPadam