Antara soalan lain:
1.Bagaimana pula kaedah untuk membanyakkan daunnya, samada perlu dibuat cantasan berkala dsbnya?
2. Baja tahi ayam sesuai atau tidak digunakan untuk stevia dan berapakah kekerapan pembajaannya?
3. Berapakah kekerapan untuk diberi air? Adakah Stevia ini tahan hujan yang lebat di negara kita?
4. Bagaimana pula dengan cahaya matahari? Adakah boleh dibiarkan Stevia ini di kawasan lapang yang menerima matahari sepenuhnya atau perlu diteduhkan?
----------------------
Dari pengalaman saya menanam stevia, pokok ini tidak cerewat dijaga.
Untuk cara menanam serta penjagaan, sila rujuk posting berikut.
Cara menanam stevia
1. Ya perlu buat cantasan berkala. Saya syorkan setiap 2 minggu iaitu sebelum membaja.
2. Sesuai, lakukan setiap 2 minggu. Tabur kira-kira 1/4 hingga 1/2 scoop bagi setiap sekaki persegi. Pastikan pellet tinja tidak terkena batang pokok.
3. Stevia tahan air tapi saliran tanah perlu elok. Jika air bertakung, pokok akan mati. Siram sekurang-kurangnya 2 hari sekali jika ditanam di atas tanah atau setiap hari sebelah pagi jika tanam dalam pasu.
4. Anak pokok sesuai ditanam di tempat reduh. Pokok yang matang perlukan cahaya sepenuhnya.
| Stevia yang dikerat akan bertunas semula dalam masa beberapa hari. |
Rasanya soalan no 2 en. Is kena terangkan lebih lanjut lagi. Berapa jumlah yang boleh saya gunakan?
BalasPadamPart ini yang tricky sedikit sebab ada tinja yang terlalu tinggi kandungan nitro menyebabkan pokok melecur. Oleh kerana pokok stevia merimbun dengan kedudukan batang yang padat, saya tabur dalam 1/4 hingga setengah cawan/scoop bagi setiap 1 kaki persegi (900 cm persegi). Itu pun saya cuba jarangkan pellet tinja supaya tidak terkena batang, iaitu kira-kira 2 inci (5 cm) keliling batang.
Padambenih stevia ada jual x?
BalasPadamBuat masa ini keratan stevia tiada stok.
Padam