En Iskandar,
Pokok sawi dan mentimun yang saya tanam, semua mati sebab terendam air. Pokok bunga matahhari pun mati kerana batang terkena serangan kulat. Frust sangat! Malas nak menanam musim hujan ni.
--------------------------
Sabar dulu, ini adalah cabaran biasa bila menanam tepi rumah. Kita mendapat banyak faedah dengan aktiviti menanam. Kalau berhenti menanam di musim hujan, kurang elok kerana cuaca sebegini mudah membuatkan kemurungan. Elok aktif bekebun.
Kalau kawasan terdedah kepada hujan, pokok mungkin mati kerana serangan kulat. Tiada masalah, buat sementara waktu tanam pokok yang gemarkan air dan cepat dapat dituai. Cuba dengan pokok kangkung, kadok, pegaga dan kesom.
Saya sendiri penuhkan patch di kawasan yang kurang elok salirannya dengan kangkung.
iye memang btul..kita x blh putus asa..sya sndiri pun mengalami perkara yg sama..tp pelbagai cra sya buat utk menyelamatkan tanaman sya ni...smakin besar dugaan,smakin bersemangat utk bercucuk tanam..rujuk lah pd sifu iskandar ni..
BalasPadamcabaran bercucuk tanam ni bagus pon ada gak kerana mana ada perkara yang tak der cabaran kan? kalau tanam ok jer pokok, dah macam tak logik pulak,
BalasPadamtak per cabaran tu ada hikmahnyer contohnyer nak mengajar kita sesuatu ilmu yg kita tak tau..
saya suka bila tanam musim hujan - tak payah siram pokok... yeay... kurang satu kerja... cuma kena pegi check je, then bela kawasan yg bertakung... itu yg saya pernah post entry 'sawi dalam kolam'... hehehe...
BalasPadamEn. Is, puas saya tunggu pokok cili berbuah tapi tak pernah lekat bunganya. Dah sogok macam macam baja segala, tapi tetaaaap gugur bunganya. Mungkin terlebih air? Lagi satu, rupa rupanya 'fish waste' dari aquarium ikan bagus untuk dibuat baja pokok selain dari kisaran perut ikan. Bagi yg ada bela ikan tu bolehlah kitar semula air aquarium dan simbah ke pokok pulak.
BalasPadam