Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 5 Januari 2013

Soalan Pengunjung Tanamsendiri -- Kailan bantut

En Iskandar,
Saya ada beli benih kailan yang dipek dalam sampul di ***.  Masalahnya pokok terbantut, lambat sangat besar.  Adakah benih tersebut tidak elok?

---------------------

Pada pendapat saya, kalau benih kailan tersebut masih bernas, tiada masalah.  Kailan adalah pokok yang tahan.  Ia perlukan cahaya yang banyak.  

Kalau pokok kailan bantut walaupun telah dialih, mungkin tempat letak tidak sesuai atau tanah kurang sesuai.  Jangan buang anak pokok tersebut -- sayang kalau dibuang.  Selagi pokok tidak berbunga, ia boleh diselamatkan.  Saya sendiri pun pernah alami perkara yang sama ketika baru belajar menanam dulu.  Benih yang saya edarpun kalau keadaan kurang sesuai, akan terbantut juga.

Jangan risau kalau pokok kailan bantut.  Sediakan tempat di kawasan yang menerima cahaya pagi sepenuhnnya.  Gaulkan tanah dengan baja organik, misalnya baja tinja ayam atau kambing.  Biarkan selama seminggu supaya baja mereput.  Kemudian alih pokok kailan yang terbantut.  Siram setiap hari tapi jangan sampai air bertakung.  Perhatikan pertumbuhan, pokok akan galak membesar selepas 2 minggu.  Jika pokok masih bantut, baiki struktur tanah, misalnya tambah pasir atau tanah liat, kemudian alih lagi.  

Bila dah dapat struktur tanah atau lokasi terbaik, gunakan kaedah yang sama untuk tanaman yang akan datang.

Selamat mencuba. :)

4 ulasan:

  1. En. Is, kenapa pokok kacang botor saya putik bunga gugur? Saya dah cuba letak baja bunga,tinja ayam, sisa ikan tapi masih gugur. Apa perlu saya buat ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya perhattikan, bunga peringkat awal lazimnya luruh. Mungkin kerana serangga pendebunga belum sedar kehadiran pokok tersebut. Biasanya bunga batch berikutnya akan lekat.

      Padam
  2. kailan saya terbantut juga.. biarkan saja dan dah mati.. rasa serik juga tanam sayur... tapi saya rasa itu mmg masalah dgn tanah, sebab tanah yang sama saya guna utk roselle, pun tak tumbuh langsung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanah apa yang iluvtupperware gunakan?

      Padam