Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 17 Januari 2013

Soalan Pengunjung -- Putik Bunga Gugur


Salam En. Is,
 
Saya nak tanya perkara yang amat membingungkan saya ni.  Semua pokok cili, timun dan kacang
botor saya sihat, daunnya segar segar dan berbunga tapi bunga/putik semuanya gugur tak lekat.
Bunga pokok kacang botor pun belum kembang tapi dah gugur juga.  Saya peninglah.
Baja bunga, baja buah, nitrogen, kompos tea, Epsom salt, kisaran ikan semua saya dah letak.  Pokok
tak ada serangan serangga perosak tapi bila berbunga semuanya gugur, putik mentimun
jadi kuning, bunga tak sempat nak kembang dah pun gugur ke bumi.
 
Saya rasa macam dah give up dah ni.....modal pun dah banyak keluar, tapi hasil tak ada.
Dah tak tau apa nak buat lagi. Kecik rasa hati....Boleh tolong advise? 
 
Kalu boleh tolong publish soalan dan jawapan en di blog Tanamsendiri.  Mungkin ada diluar
sana yang senasib dengan saya.
 
Wasalam. Banyak terima kasih.

-------------
Ada tak rakan lain mengalami masalah yang sama.  IWong mungkin boleh pinpoint apa masalahnya?

18 ulasan:

  1. hehehe... biarkan je... jangan bagi baja terus...
    saya selalu merajuk dgn pokok - kalau dah bela tapi tak ada hasil la... lepas tu saya biar terus... tp sblum tu sy cakap la, malas la nak layan kamu, penat sudah, pandai-pandai la nak hidup... hehehe...

    BalasPadam
  2. betul..sy pun mcm eja..biar je...contoh kacang botol...5 bulan baru berbuah...sebelum tu rajin sgt berbunga tapi tunggu hasil tak muncul2...sy biar jer..stop baja..siram pun bergantung pada hujan..sekarang elok dh sentiasa berbuah

    BalasPadam
  3. saya pun setuju......kalau nak explain gaya sains mmg tak tahu. Kalau saya akan buat macam eja dan nadia. buat tak tahu.....Insyallah pandai la dia berbuah balik dan ambil perhatian tuan dia yang sedang merajuk. :) Di belai sangat pun tak boleh,jadi mengada2.

    BalasPadam
  4. post yg ini betul2 membantu saya..pokok cili padi dan cili kulai saya kerap berbunga tp gagal menegluarkan buha. lama-kelamaan barulah putik buah muncul.

    ada kemungkinan atau tidak pokok tidak cukup pembajaan atau kurang pencahayaan menjadikannya kurang sumber untuk menghasilkan makanan untuk mengeluarkan buah?

    BalasPadam
  5. Terima kasih pada En. Is dan kengkawan atas respon anda. Saya akan try 'puasakan' pokok2 tu. Mungin terlebih manjakan dorang lah tu..ish..ish.. Satu soalan lg, boleh ke spray air sabun dgn minyak ke pokok hari2? Kalu tak spray mesti ada white flies dgn aphid dtg mengacau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh sehingga aphid tidak kelihatan lagi. Spray di bawah daun terus di atas aphid.

      Padam
  6. Terima kasih. Penerangan yg mantap.

    BalasPadam
  7. Terima kasih kepada yang bertanyakan soalan dan terima kasih juga kepada mereka yg sudi berkongsi ilmu untuk membantu menyelesaikan masalah yg diajukan.

    Banyaknya ilmu saya dapat daripada posting ini sahaja.

    Terima kasih semua...

    BalasPadam
  8. turut membaca dan dapat ilmu.Terimakasih banyak2 kepada semua.Saya copy sebagai nota rujukan, boleh ya tuan IS dan sir I Wong.

    BalasPadam
  9. ADE DUA pokok dirumah yg berbunga lebat tp buah tak muncul...kedua2 nye saya tidak baja....iaitu pokok jambu batu tanpa biji dn pokok cili padi...pokok cili padi saya tanm di atas kompos cmpur tanah...gemuk...berbunga lebat sgt tp tk berbuah...pelik nyer...white flies pun tak hinnap...padahal.pokok cili lain...habis dh kene ratah....pokok jmbu pula....saya tak pasti yg mane bunge jantan yg mane bunge betina.....berhampiran dengan pokok jambu tu ade pokok jambu batu berbiji dr rumah jiran....tak berjaga...tp berbuah lebat......berlainn dgn pokok jmbu batu tanpa biji yg saya tanam...pokok nye dah tinggi bumbung tp masih tak berbuah...berbunga mengalahkan pokok bunga.....

    BalasPadam
  10. Di you tube ada mat saleh tanam tomato kata kalu nak elak bunga gugur sembur bunga dgn 100% apple juice yg disimpan dlm peti sejuk. Boleh try cara ni sbb dia cuba ternyata berkesan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea yang bagus, tapi jus epal mungkin akan menariik perhatian makhluk perosak serta semut.

      Padam
  11. En. Is , ada ulat pelombong daun menyerang daun timun, tomato dan daun kacang panjang saya. Adusss...lepas satu satu dugaan dtg melanda. Apa kaedah terbaik utk menghapuskan ulat ni ye? Geramnye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gunakan semburan larutan sabun dan minyak masak.

      Padam
  12. Sy tanam bunga cempaka putih dn kuning dlm pasu d halaman rumah.. k2 2 pokok ini tinggi lbh kurang 8/9 kaki.
    Cempaka putih tsk brhenti2 brbunga. Masalah sy cempaka kuning hanya pernah brbunga 1 kali saja..
    Mohon bantuan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba sembur dengan baja yang khas untuk bunga.

      Padam