Salam En. Is,
Saya nak tanya perkara yang amat membingungkan saya ni. Semua pokok cili, timun dan kacang
botor saya sihat, daunnya segar segar dan berbunga tapi bunga/putik semuanya gugur tak lekat.
Bunga pokok kacang botor pun belum kembang tapi dah gugur juga. Saya peninglah.
Baja bunga, baja buah, nitrogen, kompos tea, Epsom salt, kisaran ikan semua saya dah letak. Pokok
tak ada serangan serangga perosak tapi bila berbunga semuanya gugur, putik mentimun
jadi kuning, bunga tak sempat nak kembang dah pun gugur ke bumi.
Saya rasa macam dah give up dah ni.....modal pun dah banyak keluar, tapi hasil tak ada.
Dah tak tau apa nak buat lagi. Kecik rasa hati....Boleh tolong advise?
Kalu boleh tolong publish soalan dan jawapan en di blog Tanamsendiri. Mungkin ada diluar
sana yang senasib dengan saya.
Wasalam. Banyak terima kasih.
-------------
Ada tak rakan lain mengalami masalah yang sama. IWong mungkin boleh pinpoint apa masalahnya?
hehehe... biarkan je... jangan bagi baja terus...
BalasPadamsaya selalu merajuk dgn pokok - kalau dah bela tapi tak ada hasil la... lepas tu saya biar terus... tp sblum tu sy cakap la, malas la nak layan kamu, penat sudah, pandai-pandai la nak hidup... hehehe...
betul..sy pun mcm eja..biar je...contoh kacang botol...5 bulan baru berbuah...sebelum tu rajin sgt berbunga tapi tunggu hasil tak muncul2...sy biar jer..stop baja..siram pun bergantung pada hujan..sekarang elok dh sentiasa berbuah
BalasPadamsaya pun setuju......kalau nak explain gaya sains mmg tak tahu. Kalau saya akan buat macam eja dan nadia. buat tak tahu.....Insyallah pandai la dia berbuah balik dan ambil perhatian tuan dia yang sedang merajuk. :) Di belai sangat pun tak boleh,jadi mengada2.
BalasPadamHmmm. Berdasarkan apa yang saya baca, mungkin kerana tiada pendebunga (pollinator) ataupun baja yang diberikan tidak sesuai.
BalasPadamCili bungannya ada jantan dan betina. Ini sama juga dengan timun. Kalau lakukan pendebungaan manual (hand-pollination) lebih sesuai untuk timun. Buahnya akan lebih besar dan sedap.
Cili saya kurang arif. Nanti saya rujuk buku rujukan di rumah. (sekarang ada di tempat kerja) En. Is mungkin boleh jelaskan lagi?
Lagi, kena ikut umur matang pokok. Kalau kacang botor, ambil masa. Boleh rujuk rencana yang saya kemaskini di Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Kacang_botor
Perlu tahu apabila pokok mula berbunga, baja buah patut mula diberikan. Kebanyakan pengguna tanam sendiri pakai main letak je baja hijau (15:15:15).
Soalan yang ditanyakan berkenaan pokok berbuah. Baja NPK hijau hanya perlu letak sekali sahaja iaitu di awal penanaman. Kemudian selang 2-3 minggu, gunakan baja NPK biru atau merah.
Faktor terlebih baja juga boleh menyebabkan tanaman menghasilkan hormon yang tak sepatutnya seperti etilena (antara penyebab bunga cepat gugur). Jadi perlu memberi baja mengikut kadar yang disyorkan.
Petua orang Melayu senang je, patah dua tiga cabang pokok, mungkin berbuah. Berdasarkan pemerhatian, ini cubitan atau patah pada pokok boleh menyebabkan pokok mengeluarkan hormon yang tertentu. Lalu, hormon tersebut membantu proses pembuahan.
Terima kasih IWong, penjelasan yang jelas.
PadamSaya sendiri jarang gunakan baja kimia. Bukan sebab baja tak elok tapi saya ni jenis yang tak berapa ikut sukatan. Kalau baja NPK atau urea, terlebih sedikit aja pokok akan melecur. Dengan baja kompos, letaklah banyak manapun tak akan melecur, cuma kadang-kadang kulat menyerang.
Tentang kandungan Nitro, memang benar, ia elok untuk daun. Selagi dibekalkan dengan banyak nitro, bunga tak tumbuh. Kalau untuk sayur daun memang elok sangat. Kalau pokok yang berbunga dan berbuah, jika gunakan baja kimia elok ikut jenis yang disyorkan.
Sebagai panduan secara kasar, (tapi oversimplication) boleh ikut panduan ni,
N - sebatian nitrogen untuk daun,
P - sebatian phosphat untuk bunga,
K - sebatian kalium (potassium) untuk buah.
Dalam kes di atas, saya tak syak putik luruh kerana tiada pollinator. Ini kerana bunga gugur sebelum mekar. Saya syak pokok gagal serap nutrien dan mikronutrien untuk pertumbuhan bunga, atau terlebih nutrien. Dalam kes sebegini, kalau saya, akan tentukan pH tanah.
PadamMungkin juga pokok belum sedia, baru belajar berbunga. Sebagaimana ulasan rakan-rakan sebelum ini. Biasanya saya akan tuai pucuk dulu. Lepas dituai, ranting baru dengan lebih banyak bunga. Pucuk kacang botor manis dan enak dibuat sayur, begitu juga pucuk chayote, kacang pea, labu air dan labu manis. Biasanya selepas dituai pucuk, pokok akan berbuah.
PadamJika tiada pollinator, boleh amalkan pendebungaan secara manual.
Baja kimia, diwar-warkan keburukannya adalah kerana pembuatannya dan kesannya kepada alam sekitar. Bagi saya, jika skala tanam sendiri, ia tiada masalah untuk guna. Apatah lagi jika dicampurkan dengan kaedah organik.
PadamUnsur mikro juga memainkan peranan penting untuk pokok berbunga. Menurut pensyarah saya, buah rambutan yang kurang baja K, akan tawar buahnya. Ini diaplikasikan juga kepada pokok buah yang lain.
Saya rasa faktor hormon juga berkait rapat. Eh? Perbincangan terlebih pula. Boleh buat thesis projek tahun akhir kalau begini. =D
Ya, tentang hormon juga penting kerana pertumbuhan pokok dikawal oleh hormon. Mungkin kita akan bincangkan nanti bila berpeluang.
Padampost yg ini betul2 membantu saya..pokok cili padi dan cili kulai saya kerap berbunga tp gagal menegluarkan buha. lama-kelamaan barulah putik buah muncul.
BalasPadamada kemungkinan atau tidak pokok tidak cukup pembajaan atau kurang pencahayaan menjadikannya kurang sumber untuk menghasilkan makanan untuk mengeluarkan buah?
Pokok cili memang memerlukan cahaya matahari penuh, bermakna ia tanaman yang suka pancaran matahari 100%. Pembajaan cepat adalah dengan menggunakan baja foliar. Untuk tanam sendiri, rasanya harganya biasa. Tapi kalau skala komersial, ia mungkin membebankan. Saya cadangkan guna VitaGrow.
PadamTerima kasih pada En. Is dan kengkawan atas respon anda. Saya akan try 'puasakan' pokok2 tu. Mungin terlebih manjakan dorang lah tu..ish..ish.. Satu soalan lg, boleh ke spray air sabun dgn minyak ke pokok hari2? Kalu tak spray mesti ada white flies dgn aphid dtg mengacau.
BalasPadamYa, boleh sehingga aphid tidak kelihatan lagi. Spray di bawah daun terus di atas aphid.
PadamTerima kasih. Penerangan yg mantap.
BalasPadamTerima kasih kepada yang bertanyakan soalan dan terima kasih juga kepada mereka yg sudi berkongsi ilmu untuk membantu menyelesaikan masalah yg diajukan.
BalasPadamBanyaknya ilmu saya dapat daripada posting ini sahaja.
Terima kasih semua...
Amat berguna.
BalasPadamturut membaca dan dapat ilmu.Terimakasih banyak2 kepada semua.Saya copy sebagai nota rujukan, boleh ya tuan IS dan sir I Wong.
BalasPadamADE DUA pokok dirumah yg berbunga lebat tp buah tak muncul...kedua2 nye saya tidak baja....iaitu pokok jambu batu tanpa biji dn pokok cili padi...pokok cili padi saya tanm di atas kompos cmpur tanah...gemuk...berbunga lebat sgt tp tk berbuah...pelik nyer...white flies pun tak hinnap...padahal.pokok cili lain...habis dh kene ratah....pokok jmbu pula....saya tak pasti yg mane bunge jantan yg mane bunge betina.....berhampiran dengan pokok jambu tu ade pokok jambu batu berbiji dr rumah jiran....tak berjaga...tp berbuah lebat......berlainn dgn pokok jmbu batu tanpa biji yg saya tanam...pokok nye dah tinggi bumbung tp masih tak berbuah...berbunga mengalahkan pokok bunga.....
BalasPadamDi you tube ada mat saleh tanam tomato kata kalu nak elak bunga gugur sembur bunga dgn 100% apple juice yg disimpan dlm peti sejuk. Boleh try cara ni sbb dia cuba ternyata berkesan.
BalasPadamIdea yang bagus, tapi jus epal mungkin akan menariik perhatian makhluk perosak serta semut.
PadamEn. Is , ada ulat pelombong daun menyerang daun timun, tomato dan daun kacang panjang saya. Adusss...lepas satu satu dugaan dtg melanda. Apa kaedah terbaik utk menghapuskan ulat ni ye? Geramnye..
BalasPadamGunakan semburan larutan sabun dan minyak masak.
Padam