Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 7 Januari 2013

Soalan Pengunjung -- Pokok Bendi terlalu tinggi

En Iskandar,
Pokok bendi yang saya tanam dah tumbuh hingga setakat dada.  Bila ia berbuah, buah menjadi terlalu berat dan pokok tumbang.  Sayang kalau nak buang sebab pokok masih galak berbuah.

---------------------------------
Pokok bendi yang dah tinggi biasanya akan menjadi renggeh dan buah semakin jarang.  

Pangkas pokok yang terlalu tinggi sehingga para 1.5 kaki (45 cm).  Tunas baru akan tumbuh pada batang di sebelah atas tangkai daun.  Untuk bantu pertumbuhan, tabur baja organik kira-kira 8 cm daripada batang sekurang-kurangnya seminggu sekali.  Bila ranting baru dah kukuh, baja setiap dua minggu.  Jika guna baja kimia, larutkan satu sudu baja urea dalam 2 liter air dan siram dua hari sekali sehingga ranting baru kukuh.  Untuk galakkan semula pokok berbunga dan berbuah gunakan baja bunga iaitu baja yang kaya dengan fosfat dan kalium.

Jika buah terlalu banyak menyebabkan pokok tunduk, pasang panjang dan ikat batang atau ranting ke pancang tersebut.

Sementara itu, semai pokok yang baru di dalam bekas semaian.  Bila pokok bendi dah benar-benar tak keluarkan hasil, gantikan pokok dengan tanaman yang baru yang sedia untuk dialih.  Dengan cara ini kita akan dapat bekalan bendi yang tidak putus.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan