Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 15 Januari 2013

Soalan Pengunjung -- Mengapa Benih Warna Hitam?


Tumpang tanya,
Bendi emas saya dah selamat berbuah, dan masih berbuah, satu daripada buahnya saya keringkan di pokok untuk bekalan biji benih, tapi kenapa biji benih tu tiada warna emasnya. Hitam saja. Mengapa?

---------------------


Sememangnya warna biji bendi yang matang hitam atau kelabu gelap.  Warna emas adalah warna bahan awet yang digunakan supaya benih tahan lama.

Bendi emas adalah jenis hybrid, maksudnya di adalah hasil kacukan daripada bendi yang mempunyai ciri tertentu supaya mendapat ciri yang dikehendaki, dalam hal ini, buah yang lebat dengan kulit seperti baldu.  Anak pokok daripada bendi ini kemungkinan besar tidak akan mempunyai ciri yang sama dengan induknya.  Apa-apa pun, hasil daripada bendi tersebut pasti akan menarik untuk kita discover.

Ada yang berkata, benih hybrid tak boleh digunakan.  Sebenarnya ini tidak benar.  Jika anda penanam komersial, menggunakan anak daripada pokok hybrid tidak digalakkan kerana hasinya tidak sama dengan induknya.  tapi untuk kita hobbyist yang menanam untuk makan sendiri, apa salahnya.  Setiap benih yang diperolehi daripada induk hybrid adalah suatu yang misteri menunggu untuk kita ungkai.

Sebenarnya saya juga ada menyimpan baka bendi buah lebat dengan kulit licin, tapi belum diwarwarkan.


3 ulasan:

  1. Tergelak juga saya baca jawapan en. Is. Kebanyakan biji benih komersial disalut dengan fungicide bagi mengelakkan ia rosak. Saya dapat tahu perkara ini semasa ambil kelas teknologi biji benih. Biji tembikai yang saya tanam berwarna merah. Apabila tuai hasilnya, biji benih tersebut warna hitam pula.

    Saya setuju dengan pandangan en. Is tentang benih hibrid. Cili Kulai terhasil daripada inisiatif petani menggunakan varieti hibrid pada asalnya. Mereka kacuk secara sendirian tanpa tahu kesannya.

    Menurut pensyarah saya, 4 kitaran benih baru boleh hasilkan benih sama macam induk. Ia makan masa, tapi semestinya menyeronokkan buat penggemar tanam sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang saya selalu ingatkan, jangan makan benih yang saya jual. Ia tujuan untuk dicambahkan. Mana tahu, kalau-kalau ada yang beli benih ketumbar, tetiba ketumbar habis, ambil ajalah benih ketumbar tanamsendiri dan jadikan ramuan. Ada pula yang merujuk benih bunga matahari yang saya edar sebagai kuaci. Berpeluh juga saya bila dirujuk sebegitu. Bukan apa, takut kalau-kalau ada yang terleka makan buat kuaci. Kan susah kalau tersadai kat hospital. :)

      Ya, kebanyakan benih yang dijual direndam thiram atau antikulat yang lain. Saya ada belajar cara mengawet (dengan membunuh spora kulat (mycospora) tanpa menggunakan fungicide. Niatnya nak dibuat ebook dan dijual kat blog ni. Buat masa ni masih tersangkut dengan penulisan buku akademik. Itulah sebabnya buku pertanian lambat sangat keluar, sebab lama tak menjenguk publisher.

      Padam
    2. Menantikan buku en. Is. =D

      Padam