Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 28 Januari 2013

Soalan Pengunjung -- Cara Menyemai


Alhamdulillah, benih selamat sampai di tangan saya. terima kasih.

Saya ada persoalan. saya akan ke luar negara 2minggu bermula 5 feb sehingga 19 feb, soalannya:

1. Saya mohon tunjuk ajar dari En. Iskandar dalam menanam benih2 ni, sbb sy tak pernah menanam apa2 pokok kecuali taugeh. hehehe.
2. Boleh kah sy semai benih minggu ini dan bagaimana nak kendalikan (siram/baja etc) selama ketiadaan sy di rumah selama 2 minggu nanti? atau kebih baik sy tanam sejurus selepas pulang malaysia? sebenarnya, saya sgt teruja nak menanam! jika boleh, mmg nak tanam malam ni terus!
3. Saya bercadang utk menanam pokok di dalam bekas memandangkan sy hanya menyewa rumah dan bakal berpindah ke rumah lain tak lama lagi. boleh tak En Iskandar senaraikan bahan2 yang patut sy sediakan utk menyemai benih? Saya nak guna kotak kitar semula dari kotak susu dutch lady tu je. boleh, kan?
4.  Bagaimana cara penjagaan setiap pokok yg sy bakal tanam nanti? harap En Iskandar tidak keberatan menurunkan ilmu (atau, jika ada link dari blogtanamsendiri.com yang boleh sy rujuk)

Rasanya itu sahaja buat kali ini.
Saya menunggu jawapan dari pihak tuan.

3 ulasan:

  1. Ia bergantung kepada jenis tanaman. Saya anggap ia adalah biji benih sayur.

    1. Untuk tanaman rumah yang kekurangan kawasan bercucuk tanam, eloklah tanam menggunakan pasu.

    2. Boleh semai guna bekas rak telur ayam. Kemudian pindahkan dalam kotak susu kitar semula atau apa-apa bahan yang rasa boleh menjadi bekas tanaman.

    3. Penjagaan sayur mudah sahaja.
    * pastikan cahaya yang cukup
    * pastikan tanah tanaman elok lembab dan tidak terlalu basah.
    * gunakan baja yang sesuai. Saya cadangkan baja NPK hijau (15:15:15). Letakkan satu sudu kecil sahaja dan jauhkan dari anak benih. Takut melecur.

    4. Oleh kerana tuan tiada di rumah untuk tempoh yang lama, lebih elok tanam selepas berada di rumah. Takut nanti anak benih yang bercambah tidak mendapat air secukupnya untuk tumbersaran.

    BalasPadam
  2. Salam.. Saya setuju dengan saranan saudara I Wong..

    1. Cadangan saya pula, semai selepas tuan pulang ke Malaysia.. Ini kerana jika kekurangan air, anak benih akan mati kekeringan.. Kalau terlebih air pula, biji benih mungkin reput atau diserang kulat..

    2. Dari segi bahan-bahan pula, ianya bergantung kepada pokok apa yang ingin ditanam.. Dari menyemai anak benih, seelok-eloknya disemai didalam tray semaian yang boleh diperolehi dari nurseri dengan harga RM2.50 hingga RM3.50 yang mempunyai 108 lubang semaian.. Boleh juga disemai didalam kotak-kotak susu terpakai atau membuat pasu semaian dari suratkhabar lama.. Pastikan media semaian sesuai iaitu mempunyai saliran yang baik dan nutrien yang cukup untuk percambahan anak benih.. Selepas benih bercambah dan mempunyai 2 set daun sebenar, tuan boleh lah memindahkan anak benih kedalam pasu atau bekas polistrina atau kotak ais memandangkan ianya mudah dialihkan..

    3. Tentang penjagaan pula, tuan boleh merujuk pada tanamsendiri.com untuk maklumat lanjut.. Cara penjagaan pokok mungkin berbeza..

    BalasPadam
  3. ya... setuju dgn I Wong dan Sir Syahmi - mulakan semaian selepas anda berada dirumah... ingat begini shj la - pokok juga bernyawa... ianya perlu dijaga...

    kalau hendak buat tanam dan tinggal - tanaman yg sesuai hanya pokok ubi... ini pun kadangkala tak bernasib baik...

    BalasPadam