Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 18 Januari 2013

Soalan Pengunjung -- Cambahan Mati

Encik Iskandar,
Mengapa pokok bunga matahari dan zinnia yang saya tanam mati selepas beberapa hari pokok bercambah?  Saya sembur dengan air 2 kali sehari sehingga tanahnya basah.  Tak mungkin pokok mati kerana kurang air.  Saya letak cambahan di tempat yang tidak cerah dan tiada aliran udara, iaitu di bawah rumah.  Dari 30 cambahan bunga matahari, 20 telah mati.  Cambahan zinnia mati semuanya.

---------------------
Rakan-rakan boleh berikan pendapat.


5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ya, ini penyakit yang dikenali sebagai damping off atau reput batang.

      Padam
    2. Saya setuju. Antara cara terbaik adalah letak tempat yang ada aliran udara dan cahaya matahari 50%. Semburan berlebihan pun boleh menyebabkan reput batang. Lain kali sebelum sembur kena tengok media tanaman masih basah atau tak. Jika kering barulah sembur.

      Saya dapati juga, kalau cambahan kurang cahaya matahari, ia mudah memanjang batannya. Ada risiko untuk patah semasa pemindahan ke atas batas / pasu.

      Padam
  2. kedudukan tumbuhan, tidak cerah dan tiada aliran udara.
    hemm..dua dari keperluan asas tumbuhan tidak dipenuhi.
    Kasihan pokok tu..hehehe.

    BalasPadam
  3. harus ada part shade... dan aliran udara termasuk bekalan oksigen dalam tanah.

    BalasPadam