Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 8 Januari 2013

Semai Benih Baru Dalam Patch Sawi

Semalam sempat bersihkan patch  sawi. Hampir semua Sawi  Christmas Green telah dituai.  Tanah yang telah mampat digemburkan semula serta baiki struktur dengan menambah sedikit pasir serta kondisyener tanah.  Oleh kerana kondisyener tanah diproses dari tanah kandang, saya tidak menambah baja lain.  Cukup sekadar baja organik yang ada dalam kondisyener tanah.

Patch tersebut disemai dengan Sawi Hijau Kong Kong dan bahagian sempadan ditabur benih Bayam Red Autumn.  Saya perhatikan saiz bayam ini lebih besar dari bayam merah serta bayam lain sebelum ini.  Kulit benih pula agak glazy.  Cantik! Di harapkan pokok yang dihasilkan juga cantik supaya tanaman tersebut mempunyai dwifungsi, iaitu sayur dan hiasan.  Malangnya saya tak stok banyak benih tersebut kerana pembekal hanya jual sedikit.  Jadi kalau nak Bayam Red Autumn, jangan tunggu lama.

Hari ini, saya perhatikan benih Sawi Hijau Hong Kong dah mula tumbuh.  Bayam baru ada tanda bengkak.  Mungkin esok akan bercambah.

Sayur yang ada kurang sempurna kerana hujan dah mula berkurang, jadi belalang mula mengganas.  Jumlahnya agak banyak berbanding biasa.  Daun kailan dan sawi mula menunjukkan tanda serangan, iaitu ada lubang-lubang.  Bagaimanapun serangan tak serious sangat.  

Cuma yang saya kurang senang ialah kehadiran beberapa ekor belalang kunyit.  Saiznya agak besar, banyangkan jumlah daun sayur yang akan menjadi habuannya.

Belalang kunyit bersaiz besar, sehingga 10 cm saiznya. 
  

3 ulasan:

  1. hehehe... saya pun baru jumpa belalang kunyit kat laman saya... lebih kurang 10cm besar juga saiznya... habis la sayur saya lepas ni... 'diorg' dah jumpa 'lubuk'... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu larr, kalau ada bela sugar glider, ia suka makan belalang ni. Kalau nak tangkap satu-satu, tak larat.

      Padam
  2. itu baru sekor en is...dikebun saya berekor2...beranak pinak..kadang terkejut tgh duk berkebun..belalang besar ni hinggap atas kepala!

    BalasPadam