Tanah Beralkali
Tanah beralkali lazimnya ditemui di kawasan yang gersang. Ia kerana tiada air yang akan menghakis ion beralkali. Tanah beralkali juga lazim ditemui di kawasan yang lembap seperti di negara kita, Malaysia terutamanya di kawasan berdekatan dengan bukit batu kapur. Tanah beralkali tidak sesuai digunakan untuk menanam sayur, jika dipulihkan ia sangat elok.Kesuburan
Tanah yang beralkali lazimnya ringan dan mudah dilarutkan. Ia kurang subur kerana tanaman gagal menyerap nutrien pada pH yang tinggi.
Lembapan
Tanah beralkali lazimnya poros dan mempunyai saliran yang elok. Ia perlu ditambah bahan organik untuk meningkan keupayaan menyimpan air.
Pembajaan
Anda perlu turunkan pH tanah supaya nutrien yang ada di dalamnya dapat diserap oleh tanaman. Tambahkan bahan organik dengan kerap kerana bahan organik terurai dengan lebih pantas dalam suhu yang tinggi seperti suhu di negara kita.Aktiviti menambah bahan organik menurunkan nilai pH, meningkatkan keupayaan tanah menyimpan air, serta meningkatkan nilai C.E.C. Anda juga boleh membaiki tanah dengan mencampurkan garam gipsum.
sangat bagus.. tengah cuba baiki tanah di kawasan rumah...
BalasPadamUntuk iklankan dalam laman blog ini, sila hubungi kami, sms/whatApp 0175009364.
BalasPadam