... Tanah Liat
Lembapan
Tanah liat mampu menyimpan air yang banyak dan mengambil masa yang lama untuk kering. Ini suatu kelebihan jika berlaku kemarau. Bagaimanapun, jika hujan, tanah mudah bertakung. Gumpalan dalam tanah liat juga akan pecah jika berendam terlalu lama. Ini boleh merosakkan struktur tanah.
Permukaan tanah liat juga mereka dengan mudah di musim kemarau. Rekahan akan meningkatkan luas permukaan tanah yang terdedah. Ini meningkatkan kadar sejatan pada permukaan tanah. Tanah akan menjadi lebih cepat kering jika dibandingkan dengan tanah yang tidak merekah. Tanah yang merekah juga lebih sukar dilembapkan semula kerana apabila disiram, air akan mengalir melalui rekahan dan disalirkan keluar daripada kawasan siraman.
Jadi, seboleh bolehnya, elakkan permukaan tanah daripada merekah. Siram tanah yang kering sebelum ia merekah. Atau, kerjakan tanah dengan segera.
Pembajaan
Tambahkan baja organik yang telah reput dengan sempurna untuk membaiki sistem saliran dan sistem pengudaraan tanah. Kadangkala, saya ada syorkan kepada rakan-rakan supaya tambahkan pasir ke dalam tanah. Ini adalah untuk semaian kerana saya ingin pastikan tanah semaian tidak terlalu rendah pHnya. Untuk tanah untuk tanaman besar, elok ditambah bahan organik. Ada buku yang saya baca mengesyokan supaya ditambah pasir ke himpunan kompos, sebelum digaul dalam tanah liat. Saya tidak pasti apakah tujuannya, tapi boleh juga dicuba.Apabila anda tambah bahan organik, nilai keseluruhan pH tanah akan turun kerana bahan organik berasid. Untuk tingkatkan semula pH, tambahkan serbuk kapur. Ia bukan sahaja tingkat nilai pH, malah dapat meningkatkan mutu struktur tanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan