Tanah Keladak
Jarang tanah kaya dengan keladak. Walaupun begitu, jika tanah di kwasan rumah kaya dengan keladak, zarah-zarah keladak mempengaruhi ciri tanah dengan ketara. Tanah keladak mempunyai tekstur antara pasir dan tanah liat. Ia amat elok untuk kebanyakan jenis tanaman. Ini kerana tanah keladak mempunyai sistem pengudaraan yang elok dan ia lebih mudah dikerjakan.
Oleh kerana tanah keladak mempunyai nilai C.E.C. yang rendah, nutrien mudah dilarutkan dan dibawa air.
Struktur Tanah Keladak
Zarak keladak terlalu besar untuk menggumpal. Jika ia menggumpal pun, gumpalan mudah pesah apabila terkena hujan.
Kultivasi
Tanah keladak mudah mampat jika dikejakan (misalnya dicangkul) ketika hujan atau ketika tanah basah. Oleh sebab itu, tanah keladak elok dikerjakan di musim kering.
Lembapan
Tanah keladak menyimpan lebih banyak air berbanding tanah berpasir. Ia masih mempunyai ciri saliran yang elok.
Pembajaan
Tambahkan baja kompos untuk membaiki strukturnya. Anda perlu kerap membaja kerana nutrien mudah dilarutkan dan dibawa air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan