2. Saliran Berpaip
Untuk bina saliran begini perlukan masa, tenaga dan
perbelanjaan yang lebih berbanding saliran terbuka (longkang). Bagaimanapun ia lebih tahan lama. Ia adalah cara terbaik untuk salirkan air
dalam tanah berat (tanah liat) yang bertakung.
Saliran sebegini akan alirkan keluar air bertakung pada aras yang
melebihi saliran berpaip. Paip yang
dilubangkan di bahagian atas ditanam
kira-kira 22 cm (9 inci) lebar dan 22 cm dalam.
Kedudukan saliran mesti condong sedikit ke arah air ingin dialirkan. Kecerunan 30cm/30m adalah memadai.
Air disalirkan ke tempat yang tidak menakung air. Outlet tersebut jangan pula ditala ke arah
rumah atau taman jiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan