Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 25 Januari 2013

Makhluk Perosak -- Belalang Kunyit


Nimfa belalang kunyit pada ranting pokok tulasi. 

Wah seronoknya belalang kunyit (nimfa) lepak kat ranting-ranting pokok tulasi.  Bila dikira, belalang dewasa dan nimfa, ada 30 ekor semuanya.  Saiz belalang ini besar berbanding belalang yang lain.  Saiz yang ada dalam gambar ini ialah kira-kira 8 cm.  Tapi jangan risau, tiada pokok sayur daun yang menjadi mangsa makhluk perosak ni.

Kalau dilihat secara mata kasar, ada orang kata, buang aja pokok tulasi tu, nanti tiadalah belalang!  Tak, tak semudah itu.  Kerana pokok tulasi inilah sayur selamat daripada menjadi habuan belalang kunyit.  Ini kerana, belalang kunyit akan memilih pokok tulasi jika dibandingkan pokok sayur.  Jadi semua pokok sayur selamat daripada menjadi habuan belalang.  Pokok tulasi saya jadikan buddy yang menjaga pokok sayur daripada serangan makhluk perosak.

Saya hanya perlu kutip belalang tu.  Tak perlu meracun.  sayur selamat, kami sekeluarga pun selamat.

Dalam hati terlintas pula, kalau satu pokok dapat kutip nimfa 30 belalang kunyit yang besar dan "juicy", bayangkan kalau ada 100 pokok.... Hmmmm.... kalau ikut flat rate aja kira-kiranya, 30 kali 100, 3000 ekor.  Sugar glider gemar makan belalang.  Kalau jual kat pet store berapa sekilo ya?  Dulu ada tauke pet store minta, dia kata RM75 sekilo.  Dia jual sebagai makanan sugar glider dan ikan arowana.  Kalaulah seekor 10g, congak congak, 100 ekor 1 kg.  30 kilo jadi    RM2250.  Ish ish ish angan-angan Met Jenin yang pulak aku ni.

Tak tak.  Saya bagi ikan yang saya bela kat kolam tu makan. He he.  

7 ulasan:

  1. Tangkap aje ya? Semalam macam ada seekor datang bertandang... besar je..nanti saya tangkap kalau nampak lagi..:)

    BalasPadam
  2. jual... jual... jual...
    mata saya nampak RM jerrr... hihihi...

    tapi mmg saya tak nafikan... pokok seperti tulasi, basil (yg mmg saya kurang makan) memang membantu dalam menyelamatkan pokok sayur... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he.

      Kerat ranting tulasi, shake dalam air dalam baldi untuk bersihkan. Kemudian jemur tapi tidak di bawah cahaya terik hingga kering. Kemudian ambil tiga helai, bancuh dalam air panas selama 30 minit. Tapis, tambah gula.

      Mmmmm.... teh tulasi, soothing dan calming. Lepas tu zzzz.......

      Padam
    2. ok... comfirm saya tak akan buat... hehehe...
      sebab saya type yg kurang tido siang... tapi kalau tido malam, letak je kepala atas bantal... mmg terus Zzzzz... tak nampak dah keliling... :)

      Padam
  3. mm.. teringat pula satu batch selasih liar hari tu, habis semua oleh belalang, ulat.. sakit hati juga lah...

    tapi bila difikir balik, pokok yang lain2 semua selamat.. sebab semua perosak cuma berpesta dengan pokok selasih liar saja..

    sekarang mau tanam marigold tapi macam tidak cukup.. en. iskandar tidak jual benih marigold?

    BalasPadam