Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 24 Januari 2013

Makanan dan Musim Perayaan


Saya ni selalu aja terlepas.  Niat nak buat macam-macam tapi "dok dang" kata orang Ganu.  Apa lagi yang saya terlepas kali ni?  

Secara sedar atau tidak, kita kaitkan musim perayaan dengan makanan.  Hari raya, rendang, ketupat, tapai, bulan puasa, walaupun sepatutnya kita berlapar dan berjimat, masa tu lah sebahagian daripada umat Islam berselera besar.  Kalau masa biasa tak termakan terubuk sebab bertulang, masa inilah telan dengan tulang-tulang, nak makan semua nak makan macam ular sawa, lepas tu terpukang dan hanya separuh makanan dimakan, yang selebihnya dibuang, musim perayaan Christmas, terlintas nak makan ayam belanda, masa deepavali, melantun muruku masuk mulut.  Perayaan apa lagi ya, oh ya, musim kawin, nasi minyak.  Tahun Baru Cina, kuih bulan, sawi eksotik!

Sayur putih Ong King.

Sawi hasil dari tanaman dalam bekas.

Sawi hijau yang ditanam dalam pasu.


Saya merujuk kepada semua ya.  Tahun lepas sewaktu begini, di pekan Broga mana-mana ruang dipenuhi kotak gabus berisi pelbagai jenis sawi untuk makan besar.  Ia suatu tradisi.  Ya, perayaan sedar atau tidak, diraikan secara universal dengan makan.  Terlintas juga dalam hati, bila dekat-dekat dengan musim perayaan, nak promote benih yang berkaitan dengan perayaan tersebut.  

Inilah yang saya kata terlepas lagi.  Sebab Tahun Baru Cina dah dekat, kalau promote pun pasti tak sempat tuai.  Benih sawi dalam koleksi tanamsendiri adalah antara sawi yang ditanam untuk makan besar.  Kata seorang warga Broga, ini sawi benih special, susah nak dapat.  Betul tu.  Dan rakan-rakan hanya boleh dapatkan koleksi yang extensive hanya di tanamsendiri.com

Berikut adalah senarai benih sayur daun yang sesuai ditanam dalam bekas.

Salad butterhead
Salad Cina, Chinese Lettuce
Salad Green Parade, baka F1, 633
Salad Hawaii Baka F1, 7799
Salad Loose Leaf Summer Green baka 2288
Salad Merah Firery Red
Salad Titanic
Salad Top World, baka f1, 575
Salad, Marilyn

Sawi Bunga 007, Yangtze, Shanghai Caixin
Sawi Bunga, 008, Wang Bujang, Shanghai Caixin
Sawi Hijau Hong Kong. 903
Sawi Hijau JB-777
Sawi Hijau JB-888
Sawi Hijau/Bakso
Sawi Hong Kong, baka F1 007
Sawi Kai Choy Wangi
Sawi Kerinting
Sawi Menang
Sawi Nai You Pak Choy, Fair Lady Extra Dwarf, baka f1, 330
Sawi New Jade, Fan Pak Choy, baka f1, 277
Sawi Pahit
Sawi Pak Choi
Sawi Pak Choy Dwarf Green, baka f1 402
Sawi Renek baka f1, 603
Sawi Renek Christmas Green
Spinach

Kailan OP
Kailan 117
Kailan 55

Kobis Cina (Sayur Putih) Ongking
Kobis Cina 636
Kobis Cina 663

Kobis
Kobis Hijau (Summer Autum)
Kobis Merah Sunny Side

Lobak kampung

10 ulasan:

  1. salam encik.Saya nak benih sawi ,kailan dan bayam =rm10(5pek campur2).InshaaAllah saya akan trnfer ke ac maybank ptg ni.

    BalasPadam
  2. salam tuan,
    alahai ada iri dihati ku melihat sawi yg subur begitu.
    Bestlah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puteri purnama tanam pun sangat menjadi. Kiriman dah terima atau belum.

      Padam
    2. Kiriman selamat diterima baru hari ini jumaat 25 januari.pekerja dipos KB, memang bermasalah sangat2.
      Disampul bungkusan tarikh mereka terima pd.21.januari lagi, tapi mereka sms saya baru pagi hari ini.
      Apa nak kata, pejabat pos tu mereka punya.sabar aje lah.

      Padam
    3. Nanti bila ambil, keratan mulberi rendam dalam kedudukan melintang supaya seluruh kerata basah selama 1 hari. Lepas tu semai secara mengufuk, jangan tanam seperti biasa. Buat alur sedalam 1 inci dan kambus keratan.

      Padam
  3. wah sawi saudara nampak gemuk dan lazat!

    Kalau hendak tanam dalam pasu dan tumbuh gemuk, apa rahsianya ya? Baja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanah biar gembur, kerana akar perlukan oksigen. Cahaya dan air biar banyak. Gunakan baja organik kerana ia time release.

      Padam
  4. Wah...makin giat bisnes benih en is!

    P/s: Benih yg diorder selamat sampai di atas meja sy, tak sabar nak cuba semai benih bendi, kapsikum dan basil!

    Kapsikum tu boleh ditanam ye di tempat panas? Selalunya tempat2 mcm cameron highland je yg ade

    BalasPadam