Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 3 Januari 2013

Koleksi Sawi

Saya belum dapat lagi benih sawi lima bintang sebagaimana yang diharapkan sebelum ini.  Hari ini tanamsendiri telah menambah satu lagi benih iaitu Sawi Hijau Hong Kong.  Sawi ini bersaiz penuh, iaitu saiz sama dengan Sawi Menang, Sawi Hijau (Bakso) dan Sawi JB-888.  Sawi Hijau Hong Kong juga mengeluarkan bunga dengan cepat sebagaimana Sawi Bunga Yangtze dan Wang Bujang.  Apa yang menarik tentang koleksi sawi tanamsendiri ialah saiz, warna dan rasa.  Koleksi sawi yang disenaraikan tidak termasuk benih kobis cina yang juga mempunyai rasa dan rupa seakan-akan sawi. 

Setelah 3 tahun blogging tentang home gardening, saya berpuas hati kerana dapat memberi peluang rakan-rakan mencuba pelbagai jenis sawi.  Saya berharap rakan-rakan terus menyokong blog ini dengan mengambil bahagian dalam ulasan serta mendapatkan benih dari kami.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan