Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 3 Januari 2013

Koleksi Benih Jagung

Tahun lepas kami ada perkenalkan beberapa benih jagung manis yang saya kumpul daripada beberapa pembekal.  Walaupun jumlah benih yang saya simpan tidak banyak, saya berpuas hati kerana dapat perkenalkan beberapa variety yang sebelum ini hanya dapat diperolehi oleh professional grower sahaja.  Kebanyakan daripada rakan-rakan yang menanam secara hobi di halaman rumah, benih tersebut adalah sukar diperolehi.  Ini bukan kerana pembekal tidak mahu menjual pada hobbyist, tapi kerana jumlah yang dijual terlalu banyak untuk hobbyist.  Melalui blog ini, benih tersebut diagihkan kepada jumlah yang sedikit yang sesuai untuk sekali semai di halaman rumah.  Beberapa jenis benih jagung manis telah habis terjual dan kami tidak dapat mencari benih baru.  Saya sendiri merasa ralat kerana gagal dapatkan stok baru sedangkan jagung yang dihasilkan bermutu tinggi.  Apa lagi bila tanam di halaman rumah, jagung tersebut dapat dimakan ketika masih segar.  Misalnya, jagung isi putih, sangat manis hingga saya panggang tanpa mencampurkan apa-apa.  Lepas panggang, terus makan.

Bagaimanapun, hari ini saya dapat tambah satu lagi jagung manis dari baka baru iaitu Jagung Mutiara Manis.  Jagung ini rupanya seakan-akan jagung manis Top Star yang tiada lagi dalam stok kami.  Jagung ini mempunyai isi (biji) yang berwarna kuning dan putih.  Jika ada ruang di halaman rumah yang mendapat cahaya sepenuhnya, jangan lepaskan peluang untuuk mencuba jagung ini.

Senarai jagung dalam simpanan kami adalah seperti berikut.


1 ulasan:

  1. salam en iskandar,blh saya tanya jagung mutiara manis ni mcm jagung kat cameron highland ke?

    BalasPadam