Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 26 Januari 2013

Kini Koleksi Benih Tanamsendiri Dah Ada 190 Jenis

Hari ni nak cabut pokok-pokok yang dah tua, nak ganti dengan tanaman yang baru.

Nak tanam apa ya?

Bila tengok aja laci-laci kecil tu, tak sangka pula.  Rupa-rupanya dah ada 192 jenis benih yang tersimpan dalam koleksi.  Mulalah kemaruk tak tanam macam-macam padahal tanam tepi rumah aja.  Tapi seronok juga, macam pergi shopping kat department store yang besar-besar, nak apa semua ada. :P

Hmmmm.... Macamana kalau nak tanam terung?  Ada 11 pilihan.  Terung mana yang best yer?  Semua best kalau tanam sendiri sebab petik dan makan segar.

Cili?  Nak cili Yong Peng, Cili Kulai, cili Abang pun ada.  Jangan main-main.  Don't play play with fire coz we are hot!?

Oklah tanam bayam jer lah.  Nak bayam merah sisi, merah tengah, bulat, panjang, tajam.... Fuh semua ada!

Sawi? Nak sawi kecik aja.  Nak cicah sambal.  Ok, extra dwarf ada. Nak yang kecil, sawi renek ada. Nak tangkai halus, tangkai kasar, hijau, putih, wangi, pahit, rangup?  Semua ada.  Ada berapa?  Errrr... Adalarrrr dalam 20 jenis.

Rasanya nak tanam kailan larr, ada berapa jenis?  Nak OP, oops, maksud saya heirlooom? Nak yang daun besar, daun kecil, batang besar, batang kecil, berbunga, blue field?  Ada.  Nak yang Taiwan? Malaysia? Jepun?  Hong Kong? Semua ada.

Ish ish ish.... Khabarnya kobis susah sikit kalau tanam tempat panas.  Tak menjadi bola.  Tak apa larrrr asal sedap dimakan.  Nak kobis cina jenis cos? Jenis tertutup? Jenis terbuka? Hijau? Merah? Semua ada.  Rasanya pun best.

Nak tanam timun.  Nak masak nasi lemak sendiri. Nak yang paling best sebab nak ambik ati mak mentua.  Nak yang rangup, yang besar, yang jepun, yang siam, yang muda, yang tua?  Yang batu pun ada.  Tak payah susah-suah buat pancang. Kalau biar merayap di tanah, buah lagi besar.

Hubby suka kacang panjang.  Dia suka yang macam ular tu.  Ada! Nak traffic light? Adaaaa!  Yang ungu?  Yang itu belum ada, kena pergi cari kat Bangladesh dulu.  Nanti larrr pujuk abang-abang dari Bangladesh, suruh bawak benih bila datang nanti.

Rasa nak makan ulam tapi I ada selera Italy larrr... I mean Mediterranean dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.  Boleh, macam-macam Basil ada dalam koleksi dan masih cuba-cuba nak tambah koleksi.

Hah! Apa? Bayam Arab?  Itu mahu counter itu ana funya lawanlarr.  Owh itu mulukhira, ada.... Tapi ente punya lawan pun ada, mereka panggil, bayam yahudi.  Ish ish ish, nama bayam pun mau gaduh ka?

Saya mahu tanam bawanglah.... Nak tanam bawang, saya ada bebawang yang tersimpan, tapi kang marah pulak kalau jual.  Pergi beli bawang kat Tesco lah, baru tanam.  Kalau nak yang special sangat, ada berani, boleh tanya.  Buat sementara ni tanam kuchai larr dulu.  Susah sikit nak tumbuh.  Saya dah test, ambil masa 2 minggu untuk tumbuh kukuh, bukan untuk mereka yang tak sabar.

Saya mau bendi, yang buah muda sampai sekaki. Ada?  Adaaaa, itu bendi singa.  Yang buah lebat?  Adaaa.... Itu bendi emas.  Ada satu lagi bendi lebat, kulitnya licin macam siapa tu?  Tapi belum masuk senarai. tapi adaaaa..... takmo larrr, nak yang kampung aja.  Adaaaa!

Ok, roselle ada?
Ada.

Bunga telang?
Ada.

Bunga telang putih?
Nak buat apa, kan nak tuai bunga buat pewarna.  Kalau putih kang kecewa kang. Tak mo jual yang putih.

Betik yang rendah tapi buah besar ada?
Ada.
Betik yang tinggi tapi buah kecil?
Ada.

Betik yang tinggi dan buah besar?
Adaaaa....

Ketumbar?
Ada.

Celery?
Ada, tapi jangan makan benih buat pelebat rambut, sebab benih ni direndam antifungal.  Kang elok-elok botak tengah terus botak semua.  licin macam gelanggang ice-skating.

Pst, bang, itu biji yang besarkan mem punya, yang orang letak dalam nasi dagang tu ada?
Apa? Owh halba!

Pssst, jangan kuat sangat.  malu saya.  nak basi mem makan.  Nak tarok dalam kapsul, cakap kat dia pil vitamin C.

Alamak!

Ada, tapi semailah.  Jangan bagi makan benih tanamsendiri.com, saya dah celup antifungal.  Tuai dulu, nanti  tuai cambahannya, buat masak.

Psst bang, yang untuk lelaki ada tak?

Tak ada.  Mem marah tanam.  Dia kata, nanti dia tak boleh ambik MC.  Owh.... dah berumur.  Bengkak prostate yer?

Alamak bang, jangan kuat sangat....

Ada, nak jenis mana, macam-macam ada.  Biji labu manis.  Semai dulu.  dah berbuah nanti, makan bijinya.  Biar surut apa-apa yang bengkak tu.

Jagung?
Ada, nak yang macamana? Kuning susu, berkilau, satu warna, dua warna?  Semua ada, semua manis manis!

Habis tu, balik semula ke topik asal, tak tanam apa ni?  Makeup your mind.  Nanti matahari dah tinggi, panas pulak!

22 ulasan:

  1. salam...boleh tak dapatkan saya pokok oregano,rosemary,thyme,dill,bay leaf, dengan basil...saya nak cuba tanam sendiri kat umah..kalau ada pokok yg dh jadi lagi bagus...]

    BalasPadam
  2. amboi en Is... macam2 ada... hehehe...

    BalasPadam
  3. Melopong lagi baca entri tuan kali ni.. Hehehe :)..

    BalasPadam
  4. Salam; okay ini pilihan saya:

    sage, ada?
    oregano, ada?
    rosemary, ada?
    taragon, ada?
    bay, ada?
    kacang sepat, ada?

    okay, yang ini saya tahu ada:

    celery
    sweet basil
    pokok yang bunga dia orang buat warna biru nasi kerabu, ada?

    okay, lagi;

    cecair EM atau bokashi starter ada?

    kira semua yang ada, nanti saya bayar

    BalasPadam
  5. Tambah; tomato cerry, lada solok, coriander yang lambat berbunga, flat leaves parsley, bendi yang kulit tak berbulu atau berduri, mamam

    BalasPadam
    Balasan
    1. sage, ada? Tiada, dah habis.
      oregano, ada? Tiada, dah habis.
      rosemary, ada? Tiada, dah habis.
      taragon, ada? Tiada, dah habis.
      bay, ada? Pokok ada, benih tiada. Pokok tidak dijual kerana hanya ada satu pokok sahaja
      kacang sepat, ada? Tiada.

      okay, yang ini saya tahu ada:

      celery, ada.
      sweet basil, ada.
      pokok yang bunga dia orang buat warna biru nasi kerabu, ada? Itu bunga telang, ada.



      cecair EM atau bokashi starter ada? Tiada.

      tomato cerry, ada
      lada solok, ada
      coriander yang lambat berbunga, ada
      flat leaves parsley, ada
      bendi yang kulit tak berbulu atau berduri, ada
      mamam tiada, baru habis

      Semua yang ada, satu pek harganya RM2.

      Padam
  6. Balasan
    1. Salad roket tiada. Yang terbaru yang ada ialah salad marilyn.

      Padam
  7. okay, rocket ada? tambah salad yang En suggest..satu jenis: final harga brapa dengan wang pos, nati saya mayban tu u, tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk 10 pek, harganya RM20. Jika inginkan kiriman melalui poslaju, sila tambah RM10 untuk kendalian.

      Padam
  8. OK, dah beres May ban RM30, nanti saya sms alamat saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bayaran telah diterima. Terima kasih.

      Padam
    2. saya mail address. terima kasih. telur cacing yang kuat makan tak jual ker? Cacing tanah biasa tu malas, dan tak makan banyak...diet kot

      Padam
  9. hihihi... saya nak kira jugak la berapa banyak dah benih saya beli dgn En.Is... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira... dan diharap angka meningkat dari sama ke masa supaya kita dapat nikmati makanan tanamsendri secara berterusan.

      Padam
    2. Memang banyak la.. Sampai kena buat list la.. Ada la dalam 40 jenis kot saya dah ada.. Hehe.. :)

      Padam
  10. Salam semua,teruja pertama kali sy masuk laman nih..sy tinggal di apartment kekangan ruang utk menanam.. Rupanya boleh tanam macam2 dlm pasu atau apa2 bekas..encik sy baru mula nak berkebun.. Sy nak order benih cili,bym merah,sawi yg manis, pendek dan rangup sawi hongkong kot.. Timun yg comel2 tu,roselle,bendi n kangkung,semua ni boleh ke tanam dalam pasu atau bekas ke? Encik klu boleh tulis instruction nak tanam secara ringkas utk sy boleh? encik jumlahkan n sy akan bank in.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. nuha kira jumlah pek, darab 2. Tentang cara menanam ada diletakkan dalam blog. Saya tunggu pesanan dari nuha. :)

      Padam
  11. salam, bagaimana cara menanam daun salam. Mohon beritahu caranya bila ada yang tau. :)

    BalasPadam