Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 28 Januari 2013

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Sir Syahmi

Hari ini saya pamerkan gambar yang dikirim oleh Sir Syahmi.  Kalau melihatkan rupa bunga, ini adalah dari baka besar.  Bunga ini berbeza daripada bunga yang berada di pasaran sebelum ini kerana batang pokok bunga matahari dari jenis ini agak halus.  Jika disuap dengan baja yang secukupnya sebelum pokok berbunga, ia akan menghasilkan bunga dengan saiz yang besar.  Dari pengalaman saya, ini menjadi masalah kerana saiz bunga yang besar tidak mampu ditampung oleh pokok.  Kebanyakan pokok yang saya tanam patah atau tumbang.  Yang tinggal hanya pokok yang mempunyai saiz bunga yang sederhana.

Saya perhatikan dari gambar yang dikirim oleh Sir Syahmi, saiz bunga yang dihasilkan sederhana dan sepadan dengan saiz pokok, jadi tidak perlu pasang pancang.      

Pokok ditanam menggunakan medium sabut kelapa, tanah hitam, dan zeolite, iaitu baja yang diproses daripada tanah gunung berapi.  Ia adalah terdiri daripada batu poros yang mampu menyerap nitrogen dan oksigen daripada udara, iaitu bahan yang diperlukan oleh tumbuhan.  Zeolite bertindak sebagai soil conditioner.


Semaian bunga matahari.  Gambar milik Muhammad Syahmi, msyahmi1985@gmail.com 




Bunga matahari dengan kelopak panjang dan kurus, ciri unik baka giant.  Ia menghasilkan biji benih yang bersaiz besar berbanding jenis yang lain.  Gambar milik Muhammad Syahmi, msyahmi1985@gmail.com 

Bunga matahari yang baru kembang, Gambar milik Muhammad Syahmi, msyahmi1985@gmail.com 

Bunga matahari yang sedang mekar. Gambar milik Muhammad Syahmi, msyahmi1985@gmail.com 
Saya ada menerima sampel Zeolite kiriman Sir Syahmi.  Bahan tersebut saya gunakan pada pokok bunga telang.  Selepas seminggu saya dapati bunga yang dihasilkan mempunyai warna yang lebih pekat serta kelopak yang lebih besar.

18 ulasan:

  1. Salam tuan..

    Terima kasih juga pada tuan.. Tanpa ilmu dan tunjuk ajar dari tuan dan tanamsendiri.com maka xkan dapat terhasil bunga matahari yang cantik ni..

    Benih bunga matahari ni merupakan mixed sunflower dari tanamsendiri.com.. Bila dilihat pada batangnya, seolah-olah x boleh nak tampung berat bunga matahari ni.. Tapi Alhamdulillah, boleh juga tampung..

    Saya rasa gembira bila bunga telang yang diberi zeolite ada menunjukkan kesan.. Saya juga masih sedang mencuba kombinasi dan kesesuaian penggunaan zeolite sebagai salah satu komponen pembajaan pada sayur-sayuran.. Sudah tentu ianya akan merangkumi dari segi bajet kerana tujuan asal kita tanamsendiri adalah untuk tujuan menjimatkan kos dan belanja dapur seperti yang Tuan Iskandar war-warkan..

    In shaa Allah, saya akan cuba maklumkan sekiranya berjaya dan berkelapangan..

    Terima kasih tuan :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zeolite berfungsi sebagai perapi tanaman sama seperti biochar. Namun ia bukanlah boleh bertindak sebagai baja kerana ia tidak mempunyai nutrien. Perlu ingat fungsi perapi tanah ialah membaikpulih tanah dan membantu tanaman untuk menyerap nutrien dalam tanah lebih baik.

      Teringat kisah yang diceritakan oleh pensyarah saya bagaimana ada syarikat yang cuba menipu petani dengan mengatakan penggunaan zeolite sahaja mampu menaikkan hasil tanaman. Ia salah sama sekali kerana pokok masih memerlukan baja untuk tumbesaran. Zeolite hanya membaiki sedikit sahaja KPK tanah.

      Apapun, tidak salah untuk mencuba secara kecil-kecilan di rumah.

      Padam
    2. Terima kasih untuk maklumat tersebut. Mungkin bahan tersebut menyebabkan zarah tanah membentuk clumping menyebabkan struktur tanah lebih elok.

      Padam
    3. Saya sangka zeolite sejenis baja.

      Padam
    4. Zeolite mampu bertindak bekalkan nitrogen dan kalium secara slow release. Mungkin itu yang dipromosikan oleh pembekal.

      Padam
    5. Betul tu saudara I Wong.. Cuma fungsi zeolite ni sedikit sebanyak dapat mengikat nutrien yang berada didalam tanah.. Zeolite sendiri tidak mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.. Cuma ianya bertindak melepaskan unsur-unsur seperti nitrogen pada kadar yang perlahan.. Ianya bertindak seperti 'timer' yang melepaskan unsur-unsur tersebut secara perlahan..

      Saya juga pernah terbaca pengunaan zeolite sebagai medium semaian.. Cuma saya kurang pasti keberkesanannya.. Artikel tersebut saya x jumpa cari saya simpan dimana.. Nanti saya cuba semai benih sengan menggunakan zeolite.. Tengok bagaimana perkembangannya.. Samada tumbuh atau x, saya kurang pasti..

      Padam
  2. Di mana nak dapatkan zeolite?

    BalasPadam
  3. assalammualaikum tuan Is, sir syahmi,
    kalau menggunakan zeolite campur denan tanah, sukatannya banyak mana?
    1:1 atau 1zeo, 2 tanah? terimakasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam puteri purnama,

      Tentang sukatan yang sebenarnya saya kurang pasti.. Jika berlebihan, ianya tidak akan memudaratkan tumbuhan kerana ianya bukan merupakan baja tetapi hanya pengikat nutrien dalam tanah..

      Dari segi sukatan, saya cuma meletakkan satu sudu besar bagi setiap polibeg bersaiz besar.. Zeolite tersebut digaul dengan tanah supaya ianya memberi kesan maksimum dalam penyerapan nutrien..

      Perlu di ingat sekali lagi, tidak semua tumbuhan akan menunjukkan perubahan apabila di berikan Zeolite.. Cuma yang pasti, kadar kehilangan baja dalam tanah akibat dilarutkan oleh air dapat diminimakan dengan penggunaan Zeolite..

      Padam
  4. Balasan
    1. Tuan,

      Saya bukannya pembekal atau pengedar Zeolite.. Cuma saya boleh bantu untuk dapatkan Zeolite bagi rakan-rakan TanamSendiri pada harga kos.. Tawaran hanya terhad pada rakan-rakan TanamSendiri sahaja..

      Harga Zeolite = RM5.00 / kg
      Kos Prepaid Box Poslaju = RM13.00 / maksimum 2kg..


      P/s : Sekali lagi diingatkan bahawa saya BUKAN merupakan pengedar atau pembekal Zeolite..

      Terima kasih tuan :)

      Padam
  5. Saya berminat dengan mixed sunflower. Tumpang tanya, macam mana untuk dapatkan benihnya?

    Terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaaa...ingatkan dah menceburkan ke dunia zeolite. :)

      Padam
    2. Hehe.. Mana ada masa tuan.. Kerja di pejabat pun banyak nak diuruskan.. Hehe..

      Ini pun sekadar tawaran pada rakan-rakan Tanamsendiri aja :)..

      Padam